Sabtu, 25 Julai 2015

@PPIM4U Mahu Pihak @PDRMsia & PBT Menanggani Perjudian Secara Online Lebih Berkesan




Tindakan NGO Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam membantu membanteras premis mesin perjudian secara online amat berkesan setelah hampir 2 bulan isu perjudian online lenyap kini dikatakan telah beroperasi semula seperti cendawan tumbuh dan pihak berkuasa telah melancarkan secara besar besaran terhadap premis premis yang telah membuka premis mesin perjudian secara online di kebanyakan tempat seolah olah tokeh premis perjudian cuba mencabar pihak berkuasa PDRM dan pihak PBT tampa rasa takut dengan tindakan dari pihak penguatkuasa yang bakal mereka terima. 

Tetapi kali ini pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut serta membantu pihak pihak penguatkuasa PDRM dan Penguasa PBT bagi membenteras gejala perjudian online yang kini terdapat beberapa premis telah dibuka di kebanyakan tempat seperti cendawan tumbuh tampa menghiraukan larangan PDRM dan pihak Penguatkuasa pada 2 bulan lepas tetapi kini perjudian secara online kembali aktif beroperasi seperti biasa.


Menurut Ketua Aktivis PPIM Datuk Paduka Nadzim Johan yang juga dikenali sebagai (Toki), bahawa pihak PPIM telah banyak menerima aduan yang puncanya adalah dari perjudian secara online yang akan mengakibatkan seseorang individu sanggup melakukan apa sahaja kegiatan jenayah untuk memdapatkan wang dan ada juga dikalangan mereka sanggup membuat pinjaman wang dari institusi insitusi yang tidak berlesen "along" dan banyak lagi. Ini juga boleh akan mengakibatkan kadar jenayah di dalam Malaysia akan turut meningkat dari masa kesemasa.Baca Sini


Bagi pihak PPIM Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim telah mencadangkan supaya pihak PDRM harus bersikap terbuka dan tidak memandang remeh peranan NGO dan PBT dalam menangani membenteras gejala perjudian ini berluasa dan masyarakat sekeliling juga harus peka kewujudan tentang aktiviti kegiatan haram ini dan masyarakat juga tidak sepatutnya  menyerahkan pekara ini sepenuhnya kepada PDRM malah aktiviti kegiatan haram ini masyarakat juga dapat membantu pihak NGO dan pihak berkuasa tempatan(PBT) bersama sama PDRM membeteras gejala perjudian ini merebak secara berluasa.

Hasil kerjasama ini akan lebih lagi mengukuhkan lagi 'gerak kerja' serta dapat menghapuskan pelbagai aktiviti aktiviti dalam ke­giatan haram ini dapat ditangkap sehingga ke akar umbi, malah pihak berkuasa PDRM dan PBT dapat menangani ini dengan lebih cepat dan tepat. Disamping itu juga Pihak PPIM menyeru Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dapat bekerjasama dengan pihak Penguatkuasa PBT dan NGO NGO bagi bergabung tenaga dalam Opps Bersepadu menggempur premis premis perjudian secara online semakin berluasa. 

Walaupun ada premis sudah beribu kali pihak penguatkuasa membuat serbuan keatas premis tersebut namun perjudian secara online ini semakin menjadi jadi. Pada masa yang sama masih ada ribuan peminat yang terus bermain judi secara online ini tidak dapat dibendung malah masih banyak lagi premis perjudian ini telah kembali beroperasi seperti biasa tampa menghiraukan kehadiran penguatkuasa Baca Sini



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...