Rabu, 29 April 2015

PPIM - Kebanjiran Awang Hitam Membimbangkan Rakyat Malaysia @NajibRazak @ZahidHamidi @PDRMsia


Kebanjiran Warga Afrika Amat Membimbangkan Datuk Nadzim Johan Menyeru Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Terhadap Pendatang Warga Afrika

Semalam satu sidang media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan mengenai kebanjiran ‘awang hitam’ di negara ini mampu mengancam penduduk tempatan kerana sebahagian mereka datang bukanlah untuk menuntut ilmu tetapi menjalankan aktiviti tidak sihat. Datuk Nazim telah terima banyak aduan berkenaan warga Afrika sejak kebelakangan ini dan pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia amat bimbang tentang ancaman yang akan dilakukan awang hitam terhadap rakyat Malaysia. 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru agar Kementerian Pendidikan (KPM) dan pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) agar mengetatkan pengambilan pelajar asing terutamanya warga Afrika. Menurut Datuk Nadzim pihak universiti mahupun kolej haruslah memaklumkan kepada pihak Imigresen berkaitan lokasi tempat tinggal mereka agar mudah dijejaki. 


Pihak PPIM menggesa supaya institut pengajian tinggi dan swasta melaporkan kehilangan mereka kepada Kementerian Pendidikan supaya hal ini dapat dibendung. Serta menperketatkan kemasukan mereka perlu dikaji semula dan kami berharap agar kelulusan pengambilan warga Afrika juga diteliti semula dan syarat-syaratnya diperketat. 

Disamping itu Sdr Yusuf selaku Yayasan Patriot Negara menceritakan bagaimana 2 orang Ustaz ditipu oleh awang hitam hampir RM800.000 dan mereka menjanjikan sejumlah emas yang besar sehingga ustaz terpaksa meminjam dengan pihak pihak perseorangan.


Datuk Nadzim juga menyeru kepada pemandu teksi dan pihak kolej melaporkan sebarang kejadian yang melibatkan awang hitam ini, namun ada yang dilaporkan hilang tanpa dapat dikesan selepas tamat semester pertama. Dalam pada itu, Datuk Nadzim turut berkata, pihak universiti mahupun kolej haruslah memaklumkan kepada pihak Imigresen berkaitan lokasi tempat tinggal mereka agar mudah dijejaki. 

Pihak PPIM juga menyarankan agar pemilik rumah jangan berurusan dengan mereka. Jangan menyewakan rumah kepada mereka kerana mereka beroperasi di rumah untuk menjalankan kerja-kerja penipuan Internet dan ada yang tak bayar sewa rumah.”Antara lain, aduan yang diterima turut berkaitan dengan warga Afrika yang menggunakan akaun bank milik warga tempatan yang akhirnya menyebabkan pemilik akaun tersebut ditangkap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...