Ahad, 26 April 2015

Awang Hitam Tumpas Ditangan PPIM @PDRMsia @NajibRazak

Awang Hitam Sudah Melampaui Batas pihak PPIM mula bertindak membantu Imigresen membenteras Awang Hitam di sekitar Pusat Bandar

Pihak PPIM bertindak membantu menjayakan sindiket warga afrika yang cuba datang ke Malaysia untuk memperdaya rakyat Malaysia dengan penipuan berurusan berniaga di negara Malaysia ini. Dalam serbuan yang dibuat oleh pihak jabatan Imigresen pihak PPIM turut sama membantu dan memberi kerjasama kepada jabatan Imigresen membuat serbuan di setiap kediaman sindiket awang hitam ini. Insiden terbaru Awang Hitam adalah penipuan warga afrika cuba memperdayakan rakyat Malaysia dengan urusniaga yang melibatkan jutaan ringgit Malaysia dengan hasil penipuan yang di buat oleh warga afrika baru baru ini.

Disamping itu juga dua gadis rakyat Malaysia yang dipaksa oleh awang hitam supaya menjadi 'keldai dadah' dan memaksa gadis tersebut menjual dadah kepada pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak supaya pihak kerajaan mengambil tindakan keras terhadap Awang Hitam yang mula bermaharajalela di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur. Pihak PPIM juga mendesak kerajaan Malaysia memantau kemasukan warga afrika yang masuk ke Malaysia dengan menggunakan pas pelajar asing dan berdaftar di kolej-kolej swasta di dalam negara ini.

Hari demi hari makin ramai warga asing terutama dari benua Afrika masuk ke Malaysia dengan penyalahgunaan visa pelajar kononnya mahu belajar di negara ini kata Datuk Nadzim Johan selaku Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ini tidak di pantau oleh pihak pihak yang berkuasa dan pihak yang bertanggungjawab dan seharusnya mereka lebih rasa bertanggungjawab memantau kemasukan warga afrika ini.Di samping itu juga Datuk Nadzim berkata jika kerajaan masih 'berlembut' terutama kepada warga Afrika yang kononnya mahu belajar di negara ini sekadar mengaburi mata penguatkuasa ataupun pihak imigresen pihak PPIM tidak teragak agak membuat serbuan kerumah rumah warga afrika ini.


Datuk Nadzim Johan melihat ramai warga Afrika di negara ini terutamanya disekitar Lembah Klang seperti Kepong, Cheras, Kota Damansara, Puchong dan banyak tempat lagi cuba mendatangkan pelbagai masalah sosial selain meningkatkan kadar jenayah ramai anak gadis tempatan telah terlibat dalam sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan sebagainya dan bukan sekadar itu sahaja Datuk Nadzim Johan melihat pelbagai kadar jenayah yang timbul sejak kebelakang ini dan ini harus dibendung oleh pihak pihak yang bertanggungjawab serta dibantu oleh pegawai pegawai dari PPIM.


Dalam serbuan tersebut seramai 20 orang warga afrika telah ditahan ekoran terhadap serbuan yang di buat pagi tadi. Datuk Nadzim mengesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan operasi pemutihan ke atas semua warga Afrika baik di kolej swasta ataupun yang tinggal di kawasan perumahan. Langkah ini mungkin boleh menapis kehadiran warga Afrika yang tiada pekerjaan tetap dan memantau pengambilan pelajar warga Afrika bagi menyalah pengunaan visa pelajar di kalangan mereka yang memasuki ke dalam negara Malaysia


Datuk Nadzim Johan berkata rakyat harus sedar bahawa pihak PPIM adalah sebuah NGO memperjuangkan semua isu semasa yang melibatkan rakyat Malaysia menderita dengan pelbagai masalah yang timbul di dalam negara ini seperti serbuan ke pusat pusat perjudian, kelab kelab malam yang melibatkan anak anak muda yang beragama islam terjebat dalam kancah kemaksiatan dan inilah antara kerja-kerja yang dilakukan aktivis PPIM selain memperjuangkan hak Pengguna Islam Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...