Ahad, 10 Mei 2015

PPIM - Jawapan Dato Nadzim Lebih Mudah Difahami Daripada Jawapan Menteri



Perkhidmatan syarikat syarikat telco kurang memuaskan para pelangan Datuk Paduka Nadzim Johan berkata pihak PPIM telah mendapat laporan tentang perkhidmatan syarikat syarikat telco mempunyai perkhidmatan charge yang tersembunyi yang akan menyebabkan para pelangan terpaksa membayar kesemua perkhidmatan tersebut. 





Ini juga salah satu penipuan yang di buat oleh syarikat syarikat telco tampa menjelaskan kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan beliau Kerajaan disaran mewujudkan mekanisme untuk mengkaji mutu perkhidmatan dan kadar caj yang dikenakan oleh TELCO. 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Yayasan Patriot Negara (YPN) menyarankan agar pihak SKMM mewujudkan satu mekanisme untuk menilai mutu perkhidmatan serta kadar caj yang dikenakan ke atas pengguna oleh syarikat telekomunikasi. 




Saranan ini susulan tindakan syarikat telekomunikasi yang dilihat berdegil dan masih mengenakan cukai GST ke atas kad tambah nilai prabayar. Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan yang mengadakan perbincangan bersama wakil-wakil SKMM kelmarin telah mengetengahkan beberapa isu berbangkit hasil membabitkan syarikat TELCO hasil dari aduan yang dibuat oleh pengguna. 

Pengguna dikenakan kadar caj terhadap pesanan suara (voicemail) sedangkan tidak ramai yang dari pengguna TELCO yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Kerajaan diminta bertegas bagi memastikan syarikat TELCO tidak terus mengaut keuntungan di atas ketidaksedaran pengguna di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...