Isnin, 5 Januari 2015

Penjawat Awam Kakitangan Kerajaan Tidak Pernah Membuat Sumbangan @AliHamsa55 @NajibRazak


Dalam satu pertemuan Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda dengan pemberita presiden Cuepacs ingin mencadangkan semua penjawat awam menyalurkan sumbangan melalui potongan gaji kepada mangsa banjir, bagi pendapat salah seorang penjawat awam yang enggan nama disiarkan mengatakan "keikhlasan penjawat awam menyalurkan sumbangan lebih daripada nilai yang Presiden Cuepacs sasarkan , cadangan cuepacs membuat sumbangan melalui potongan gaji seperti seolah olah penjawat awam tidak pernah menghulurkan sumbangan". ini lah jawapan salah sorang penjawat awam terhadap presiden Cuepacs.

Selain daripada itu pihak jabatan atau kementerian seharus memainkan peranan penting dan membuat kutipan derma berdasarkan keikhlasan seseorang dan mungkin di kalangan penjawat awam ingin menyumbang lebih daripada cadangan presiden cuepacs sebanyak RM5.00 .

Seperti mana cadangan Presiden Cuepacs untuk membuat sumbangan melalui potongan gaji tidaklah halangan oleh mana mana pihak penjawat awam malah menjadi satu sindiran terhadap kakitangan awam.

Selain daripada itu Penjawat Awam haruslah membuat sumbangan bantuan banjir untuk membantu mangsa banjir serta dapat meringankan beban mereka yang mengalami musibah yang mereka hadapi ketika ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...