Isnin, 5 Januari 2015

Kerajaan Perlu Wujudkan Jawatan Blogger Di Setiap Kementerian Serta Agensi Kerajaan @Alihamsa55 @Najibrazak

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa mengesa semua penjawat awam berani mengunakan media sosial untuk tampil kehadapan memberi keterangan sebenar

Sebagai sektor kakitangan awam Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa menegaskan kakitangan awam perlu menghadapi cabaran berbeza daripada sedekad lepas, dan perlu melakukan perubahan, transformasi dan bersifat inovatif dari segi pendekatan media sosial agar tidak ketinggalan zaman, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. 

Beliau berkata sejajar dengan itu, pelaksanaan transformasi dalam sektor awam menjadi fokus utama sejak beberapa tahun kebelakangan bagi memastikan ia sentiasa relevan dengan perubahan yang berlaku. "Orang sering bertanya sama ada kita (sektor awam) masih relevan kerana perubahan menunjukkan kita perlu relevan sepanjang masa," katanya ketika merasmikan Persidangan Sektor Awam Sarawak 2014 baru baru ini.

Dalam ucapan Tan Sri KSN beliau berkata pada masa kini orang awam bijak menilai dan mahukan perkhidmatan yang cepat, cekap dan lebih berkesan dengan kos yang memuaskan untuk memenuhi setiap keperluan serta jangkaan yang di perlukan oleh rakyat.

Tan Sri KSN menyatakan tentang kewujudan media baru ini merupakan satu cabaran untuk penjawat awam berhadapan dengan media sosial pada masa kini. Dan ini adalah  berdasarkan kepercayaan rakyat terhadap penyebaran maklumat yang palsu dan tidak benar sama sekali dengan apa telah dinyatakan di laman media sosial pada masa kini.

Dengan kemunculan media sosial memaksa penjawat awam harus berhadapan dengan peperangan dengan cybertropers cybertropers yang datang nya dari pelbagai pihak yang mengunakan media sosial mempergaruhi masyarakat di luar dan akan menimbulkan perasaan benci dan marah masyarakat luar terhadap kerajaan dan serta penjawat awam. 

Manakala kerajaan pada masa kini tidak akan bersikap berdiam diri dan seharusnya ada dikalangan penjawat awam berdepan dengan maklumat maklumat palsu dan yang tidak betul serta penjawat awam dapat menerangkan semula kepada masyrakat dengan menerangkan secara positif dan negatif, manakala jangkaan untuk mendapat respons tepat pada waktunya, "Di peringkat jabatan dan agensi kerajaan tahu bahawa kerajaan menghadapi kekangan fiskal yang amat mencabar kita untuk melipatgandakan perkhidmatan kepada rakyat dengan menggunakan sumber yang berkurangan," katanya.

Sejajar dengan itu, Tan Sri Ali Hamsa menggesa semua penjawat awam tampil kehadapan memberanikan diri berperang dengan menyampaikan maklumat yang sah dan mempunyai fakta untuk penjawat awam kehadapan serta memberanikan diri supaya berani diri melakukan transformasi terhadap sektor awam dan tidak mengutamakan kenaikan gaji semata-mata, tetapi hasil yang besar dan lestari dalam bentuk perkhidmatan lebih baik kepada orang ramai, peningkatan produktiviti dan kecekapan serta pertumbuhan ekonomi. 

Beliau berkata Malaysia memiliki sektor awam yang kukuh, dinamik dan bingkas, yang mampu menggerakkan negara ini ke hadapan melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan sepanjang tahun hingga membolehkannya mencapai pertumbuhan besar serta berdaya saing di peringkat global. "Kita perlu terus kurangkan kerenah birokrasi dan memperkenalkan pembaharuan yang boleh meningkatkan kecekapan, meminimumkan kos dan menambah produktiviti," katanya. Ali memuji Perkhidmatan Awam Sarawak kerana mempunyai wawasan 

'Untuk Menjadi Perkhidmatan Awam Kelas Dunia', yang kata beliau agak sama dengan wawasan Kanada 'perkhidmatan awam kelas dunia yang bersedia berkhidmat kepada Kanada dan rakyatnya kini dan pada masa akan datang'. Beliau berkata setakat ini tiada negeri lain di Malaysia mempunyai rancangan untuk melakukan transformasi terhadap perkhidmatan awam masing-masing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...