Khamis, 8 Januari 2015

Kadar Baru Pinjaman Perumahan Membantu Penjawat Awam Miliki Rumah @Alihamsa55 @NajibRazak

Kadar baru kelayakan pinjaman perumahan perbendaharaan Malaysia dan Pemansuhan Wang Proses


Satu lagi inisiatif kerajaan bagi membantu penjawat awam kakitangan kerajaan untuk memiliki rumah dengan pinjaman kerajaan. 

Syarat kadar kelayakan baru pinjaman perumahan kakitangan awam mulai 1 Januari 2015. 

Seperti yang dibentangkan dalam bajet 2015, kadar kelayakan baharu minimum bagi pinjaman perumahan kini dinaikkan daripada RM80,000 kepada RM120,000 manakala pinjaman maksimum daripada RM450,000 kepada RM600,000. 

Kadar kenaikan pinjaman perumahan itu adalah relaven dengan kenaikan harga rumah pada masa kini. Bagaimanapun, kadar pinjaman perumahan adalah bergantung kepada tangga gaji pemohon. 

Selain itu, yuran pemprosesan pinjaman perumahan sebanyak RM100 turut dimansuhkan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...