Isnin, 26 Januari 2015

Anak Muda Wujudkan Buletin Usahawan Melayu Untuk Membantu Para Peniaga Berjaya




Inisiatif para peniaga yang inginkan sokongan Khidmat memasarkan sebarang perniagaan di laman Usahawan Melayu dapat membantu para peniaga di seluruh Malaysia capai status negara berpendapatan tinggi 2020. 

Dalam Artikel Usahawan Melayu ini akan membantu peniaga yang benar benar komited untuk memasarkan produk produk dan terus menggerakkan pelbagai keluaran baru dan kemahiran serta profesional dalam usaha membantu golongan Bumiputera meningkatkan asas pendapatan dan taraf hidup.

Inisiatif yang diwujudkan bari baru ini bagi mencapai Hala Tuju untuk mencapai Transformasi Ekonomi Bumiputera itu akan menyokong aspirasi Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 serta mengecilkan jurang sosio ekonomi antara kaum menjelang tempoh itu. 

Ketua Pegawai Eksekutif Buletin Usahawan Melayu ini berkata tumpuan Buletin ini diwujudkan untuk membantu  para Peniaga yang sering ditindas oleh pelbagai pihak yang tidak berkenaan. Ini juga akan memberi kesan impak yang besar untuk memajukan usahawan muda dari golongan orang melayu untuk bersaing memajukan produk produk pengeluaran dari golongan usahawan IKS dan PKS. 

Buletin ini mampu memupukkan potensi yang tinggi serta membangunkan bakat golongan Bumiputera ke tahap lebih tinggi melalui rangkaian Buletin ini dan serta memberi manfaat terhadap produk produk keluaran yang dipasarkan di pasaran. Kepada peniaga yang ingin memasarkan produk dan sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui alamat Email Usahawan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...