Khamis, 29 Januari 2015

Ketua Aktivis (PPIM) Datuk Nadzim Sedia Membantu Penjawat Awam Menghakis Gejala Penipuan Yang Semakin Berluasa @AliHamsa55 @NajibRazak

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan sedia membantu penjawat awam memerangi dan menghakis gejala penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam tahun 2015


Penjawat awam kini dilihat menjadi sasaran utama pihak tertentu dalam kes-kes penipuan melibatkan skim pinjaman perumahan dan perniagaan. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata berdasarkan laporan yang diterima pihaknya, sebanyak 60 peratus mereka yang menjadi mangsa dalam kes sedemikian melibatkan penjawat awam. "Mereka yang tidak bertanggungjawab ini menjadikan penjawat awam sebagai sasaran kerana golongan ini dilihat mudah mendapatkan pinjaman kewangan," katanya kepada pemberita dalam sidang media Kempen Perangi Penipu di sini, pada Khamis. 

Kempen Perangi Penipu yang akan berjalan sepanjang 2015 itu digerakkan oleh PPIM dengan kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bertujuan menghakis gejala penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap pengguna. 

Beliau berkata ramai penjawat awam yang terdiri daripada golongan muda turut menjadi mangsa penipuan pihak tertentu. "Kita sedia maklum ramai yang berkeinginan tinggi untuk memiliki aset persendirian seperti rumah, kereta dan memulakan perniagaan tetapi perlulah berhati-hati dan menyemak latar belakang pihak berkaitan (pihak pemaju, pinjaman kredit) agar tidak mudah diperdaya," katanya. 

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata "Kempen 2015: Perangi Penipu Pengguna" itu dilancarkan sebagai "isyarat" untuk memerangi penipu yang mengambil kesempatan susulan aduan pengguna mengenainya. Bercakap dalam sidang medianya di pejabat PPIM hari ini, beliau merujuk 'penipu' itu antaranya peniaga, pemberi pinjaman, syarikat pelaburan, kontraktor perumahan dan syarikat jualan langsung (MLM). "Jadi kita terima banyak aduan dan penipu-penipu di luar sana, suka menipu pegawai kerajaan dan rakyat Malaysia. "Maka sudah sampai masanya buat kempen dengan ahli Cuepacs yang ramai untuk kita hantar 'signal' yang jelas supaya kita tidak mahu lagi ditipu. Cukup. 

Enough is enough,” katanya. Menyuara rasa sedih dengan situasi itu, Nadzim berkata hasil perbincangan dengan Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda, mereka bersetuju sebulat suara mengisytiharkan tahun ini sebagai "tahun memerangi penipu". Datuk Nadzim berkata pihaknya mendapati pegawai kerajaan antara pihak yang menjadi sasaran untuk ditipu khusus dalam bentuk pinjaman kewangan. "Ada gaji RM2,000, (tapi dijanjikan) dapat pinjaman sampai RM200,000. Janji pelaburan akhirnya tidak menjadi apa benda... Jadi tahun ini, kita akan perangi mereka habis habisan," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...