Sabtu, 24 Januari 2015

Surat KDN Kepada FBI - AG Dan Shafee Abdullah Perlu Tampil Beri Penjelasan

Ramai yang bertindak menyalahkan Menteri Dalam Negeri DS Zahid 
Hamidi dan menuduh DS Zahid Hamidi terlibat dalam kegiatan kongsi gelap 


Surat Sulit Kepada FBI : 

DS Zahid Hamidi diyakinkan oleh Ghani Patail, Paul Phua Klien Kepada Shafee Abdullah? 

1. Pada 31 Disember 2014, South China Morning Post mendedahkan terdapat satu surat sulit yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia kepada pihak FBI menafikan Paul Phua Wei Seng merupakan ahli kongsi gelap 14K. 

2. Menurut laporan tersebut, Paul Phua yang berdepan tuduhan menjalankan operasi perjudian di Caesar's Palace Hotel, Las Vegas ketika perlawanan bola sepak Piala Dunia pertengahan 2014 sedang dibicarakan di mahkamah Amerika Syarikat. 

3. Namun mengikut isi kandungan surat sulit kepada pihak FBI yang ditandatangi oleh Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi. Kementerian Dalam Negeri menafikan penglibatan Paul Phua dengan kongsi gelap 14K malah kerap membantu kerajaan Malaysia. 

4. Perkara ini mengejutkan dan heboh diperkatakan ramai pihak terutama di media sosial. Ramai bertindak menyalahkan Menteri Dalam Negeri selain menuduh DS Zahid Hamidi terlibat melindungi ahli kongsi gelap. 

5. Kerana heboh diperkatakn ramai pihak, Shafee Abdullah tiba-tiba mendakwa berlaku kesilapan ketika surat sulit tersebut dikeluarkan. 

6. Sebenarnya tiada kesilapan berlaku, sebaliknya Shafee Abdullah mengenali Paul Phua kerana Paul adalah klien kepada Shafee Abdullah yang turut mempunyai 'hubungan' dengan Ghani Patail. 

7. Bagi menjaga kepentingan bersama Paul Phua, Shafee Abdullah dan Ghani Patail bertindak menyakinkan DS Zahid Hamidi supaya menandatangani surat tersebut.

8. Boleh dikatakan DS Zahid Hamidi sebenarnya telah ditipu oleh Ghani Patail sebagaimana Ghani menipu DS Hishammuddin Hussein ketika memegang portfolio KDN dan DS Najib Razak bagi memastikan ISA dimansuhkan. 

9. Justeru, kami mahu mendesak agar Shafee Abdullah serta Ghani Patail tampil membuat penafian di atas dakwaan dan maklumat yang disalurkan oleh seorang individu berpengaruh. 

10. Rakyat Malaysia tidak wajar menghukum DS Zahid Hamidi kerana Menteri biasanya menandatangani setiap surat setelah diperiksa atau selepas dirujuk oleh pihak berkenaan. DS Zahid Hamidi adalah 'kambing hitam' Ghani Patail dan Shafee Abdullah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...