Khamis, 18 Disember 2014

@NajibRazak Menjawab Segala Kenyataan Cuepacs Mengenai Perhatian Kerajaan Tentang Isu Gelandangan @AliHamsa55



Perdana Menteri Najib Razak mula mengambil perhatian tentang gelandangan apa bila semalam blog PH mengeluarkan satu isu yang mengatakan penjawat awam akan bakal menjadi gelandangan pada tahun 2015 mula mendapat perhatian dari semua pihak termasuk lah Perdana Menteri Malaysia  Datuk Seri Najib  Bin Tun Razak mengeluarkan satu kenyaatan yang melegakan ramai rakyat Malaysia di khutiri bakal melalui sebagai gelandangan.

Kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan kerajaan sepanjang 2014 dalam usahanya meringankan beban mereka berikutan peningkatan kos sara hidup. Antara yang mendapat perhatian kerajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ialah golongan gelandangan. Pada Julai lepas, beliau mengumumkan pembinaan pusat-pusat perlindungan yang akan menyediakan kemudahan seperti tempat tinggal dan makanan kepada mereka yang memerlukan. 
Setakat ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenal pasti tiga bangunan untuk dijadikan pusat khas berkenaan iaitu bangunan berhadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dua bekas hotel di Jalan Raja Laut dan Jalan Chow Kit. Selain itu, kerajaan menambah peruntukan bantuan untuk rakyat miskin dan golongan berpendapatan rendah dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 yang merangkumi RM650 dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50. Bagi yang bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, nilai bantuan BR1M dinaikkan daripada RM250 kepada RM300. 
Buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan nilai bantuan RM450, selain bantuan i-BR1M yang menyediakan nilai perlindungan minimum RM1,000 bagi kematian biasa dan maksimum RM30,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal turut diadakan. Pengagihan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion untuk pemberian BR1M, yang kini masuk tahun ketiga, telah dinikmati kira-kira 7.9 juta rakyat Malaysia. 


Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja dengan pendapatan bulanan kurang RM1,200, mereka juga diberikan Elaun Pekerja Cacat (EPC) sebanyak RM300 sebulan, dan telah dimanfaatkan oleh lebih 6,000 pekerja OKU tahun ini. Tidak hanya menghulurkan bantuan, kerajaan juga terus menggalakkan penyertaan rakyat miskin termasuk ibu tunggal dan suri rumah dalam bidang perniagaan bagi membolehkan mereka menambah pendapatan. 
Melalui program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) yang dilaksanakan sejak awal 2011, seramai 168,000 individu berpendapatan rendah berjaya keluar dari paras kemiskinan menerusi beberapa kaedah termasuk pelajaran, keusahawanan, aktiviti pertanian dan perkhidmatan. Usaha itu ternyata membuahkan hasil apabila kadar kemiskinan negara menyusut kepada 1.7 peratus pada 2012 berbanding lebih 60 peratus kira-kira enam dekad lepas manakala kemiskinan tegar hampir mencapai tahap sifar.  
Bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah dengan harga berpatutan, kerajaan memperuntuk sebanyak RM2.1 bilion bagi pembinaan 133,000 unit rumah mampu milik tahun ini yang dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan seperti PR1MA, Jabatan Perumahan Negara dan Syarikat Perumahan Negara Berhad. 
Usaha itu akan diteruskan tahun depan apabila sebanyak 80,000 unit rumah di bawah PR1MA akan dibina dengan peruntukan RM1.3 bilion, seperti diumumkan Najib semasa pembentangan Bajet 2015 'Ekonomi Keperluan Rakyat' di Parlimen Oktober lepas. Selain had kelayakan pendapatan isi rumah dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM10,000, perdana menteri berkata tawaran pinjaman sebanyak 110 peratus juga akan dipanjangkan kepada pembeli rumah PR1MA daripada institusi-institusi kewangan terpilih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...