Khamis, 18 Disember 2014

Kerajaan Harus Perhalusi Ekonomi Dan Menangani Isi Rumah Dalam Kemiskinan Tegar @NajibRazak

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata kejayaan Malaysia pada masa kini adalah kemakmuran perkauman antara satu sama lain dan negara juga mempunyai hasil sumber semula jadinya yang tersendiri


Malaysia akan dapat mencapai sasaran untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, kata Pengarah negara Bank Dunia bagi Asia Tenggara, Asia Timur dan Rantau Pasifik, Ulrich Zachau. 

Dalam satu majlis pelancaran laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia Bank Dunia Edisi ke-11, Disember 2014 Ke Arah Masyarakat Kelas Pertengahan Datuk Seri Abdul Wahid Omar Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata negara telah menggunakan sumber semula jadinya yang kaya dan pertumbuhan ekonomi yang tinggi untuk mengeluarkan berjuta-juta ringgit Malaysia untuk menampung isi rumah daripada kemiskinan tegar. 

Menurut laporan berkenaan, Malaysia mempunyai pelbagai cara yang mencatatkan kejayaan dalam membawa kemakmuran bersama. Dalam tempoh 40 tahun lepas, negara ini menggunakan sumber semula jadinya untuk hampir membasmi kemiskinan mutlak kepada satu peratus pada 2014 daripada 49 peratus pada tahun 1970, katanya.


"Ia kini mempunyai peluang untuk berubah daripada negara berpendapatan sederhana kepada masyarakat kelas pertengahan, memenuhi aspirasi keluarga berpendapatan rendah dan pekerja untuk menyertai kelas pertengahan yang dinamik, lebih berpendidikan, lebih tinggi pendapatan yang telah menjadi jentera pertumbuhan ekonomi Malaysia," katanya. 

Menurut laporan itu, Malaysia pada masa kini perlu menerima cabaran membawa isi rumah 'aspirasi', yang kini merupakan kumpulan terbesar dalam masyarakat, kepada kelas pertengahan. "Kumpulan aspirasi ini sebahagian besar keluarga bandar dan mempunyai keluarga yang lebih kecil daripada keluarga miskin atau keluarga yang mudah terjejas, tetapi paling kurang pendidikan lepasan menengah," katanya. 

Bagaimanapun, menurut laporan itu, kumpulan berkenaan mempunyai pekerjaan yang stabil dan menikmati keadaan yang baik. Ia berkata Malaysia juga boleh menggunakan sepenuhnya cukai dan pemindahan untuk mengurangkan ketidaksamaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...