Rabu, 24 September 2014

#PRKPengkalanKubor Jentera PKR Dan DAP Tidak Membantu Dalam PAS Jentera Yang Hadir Semua Ke Golok


Walaupun tempoh hari pengundian PRK Pengkalan Kubor akan berlangsung tidak sampai 48 jam sahaja lagi, namun saya masih tercari-cari akan kelibat pemimpin-pemimpin dan jentera DAP turun membantu PAS 'berperang' pada PRK N01 Pengkalan Kubor ini. 

Ternyata PAS hanyalah pencacai kepada rakan sekutu dari Pakatan Rakyat (PR) yang tidak kenang budi, iaitu parti DAP dan PKR. Mula timbul kehairanan dalam pemikiran saya ini bila DAP dan PRK tidak turuk serta membantu PAS dalam PRK Pengkalan Kubor kali ini

Tidakkah DAP dan PKR merasa segan dengan jasa PAS membantu mereka berkempen ketika PRK Kajang dan Teluk Intan yang lalu? 



Pengundi di Pengkalan Kubur secara warasnya harus membandingkan dan menilai sekaligus membuat pilihan diantara kedua-dua calon ini yang mana yang difikirkan layak untuk memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. 

Kesilapan mahupun buta mata dalam menilai seseorang untuk diangkat menjadi pemimpin bakal membawa padah kepada rakyat dikawasan tersebut. 

Zahirnya kewibawaan salah seorang dari calon ini amat terserlah dan sudah terang lagi bersuluh. Darisegi kelayakkan serta sumbangan beliau kepada masyarakat tak dapat dinafikan berbanding calon lawannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...