Khamis, 25 September 2014

#PRKPengkalanKubor Analisis @PerdanaHitam1 BN Sedia Mempertahankan DUN N.01 Pengkalan Kubor @NajibRazak @AhmadMaslan


Dalam kajian saya Perdana Hitam mendapati bahawa Barisan Nasional bersedia untuk mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kubor N.01. Selama 13 hari jentera Barisan Nasional bertungkus lumus bersama sama Hj. Mat Razi Mat Ail berkempen akhirnya tepat jam 12.00 malam tempoh berkempan telah tamat semalam seperti yang telah ditetapkan oleh SPR. 

Kedua-dua parti utama yang bertanding, Barisan Nasional dan PAS kini semakin pelahan dan semua jentera mula memperlahankan kempen masing-masing. Dalam laporan saya Perdana Hitam gerak kerja yang dilakukan Pemuda Barisan Nasional di Pengkalan Kubor begitu spoting dan begitu mesra bersama pemuda di  Pengkalan Kubor Lihat Disini terhadap hanya bergerak dari rumah ke rumah manakala PAS tumpu untuk memujuk pengundi sasaran. 


Tiada lagi ceramah 'grand finale' selepas ceramah PAS di kampung Geting Selasa malam tadi yang membariskan tokoh-tokoh utama PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Jangan terkejut, PRK ketujuh selepas PRU13 di Pengkalan Kubor ini merupakan kali pertama PAS berkempen berseorangan tanpa rakan Pakatan. PKR hanya tunjuk muka sekali itupun hanya level Naib Presiden dan hanya ketika penamaan calon. Baca Sini


DAP pula langsung tidak tunjuk muka, mungkin jumlah pengundi Cina seramai 234 (0.96 peratus) bukanlah jumlah yang signifikan untuk Pakatan Rakyat. Perpecahan dalaman PAS Kelantan memberi kesan pada jentera parti itu di Pengkalan Kubor. Sungguhpun di atas Pengkalan Kubor ini termasuk dalam kawasan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang merupakan YDP PAS Tumpat, namun perkara tersebut tidak diterjemahkan dengan sokongan jentera. " Malah Jentera PAS tidak turun full force kali ini kesan dari perpecahan dalaman PAS Kelantan," katanya. 



Pagi Khamis segalanya akan ditentukan oleh lebih 24 ribu pengundi Pengkalan Kubor. "BN mendahului dari semua segi dalam pilihanraya ini..." kata Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii. Beliau yakin BN akan mempertahankan kerusi DUN itu cuma tidak dapat memberikan anggaran majoriti. "Menang tetap menang, tapi berapa majoriti itu bergantung kepada peratusan keluar mengundi,"ujar beliau yang lebih seminggu berkampung di Pengkalan Kubor. 

Terdapat 45 peratus pengundi bawah 40 tahun di kawasan ini, jentera pemuda BN memberikan tumpuan khas kepada mereka. "Kita bantu mereka dalam program-program jangka pendek, saya lihat golongan muda di Pengkalan Kubor tertekan untuk beriadah kerana ketiadaan tempat, macam gelanggang futsal dan lain-lain. "Selain itu kita galakkan juga soal kesenian, kerana kita lihat golongan muda ini minat aktiviti seni macam kumpulan dikir barat, tapi tidak dibantu oleh kerajaan negeri," kata Razlan. 

Mengambil contoh PDM yang dijaga beliau, PDM Pengkalan Kubor daripada 240 pengundi muda, 195 diketegorikan sebagai pengundi putih. "Dalam masa yang ada, kita masih berusaha meyakinkan lagi pengundi, apa yang saya lihat, jentera Barisan Nasional bergerak sepenuhnya,"kata Razlan. 

KETUA PEMUDA UMNO WILAYAH PERSEKUTUKAN 
SDR RAZLAN RAFII BERKATA JENTERA PEMUDA DI PENGKALAN KUBOR TELAH BERKERJA SEHINGGA ALLOUT BAGI MEMPERTAHANKAN PENGKALAN KUBUR  


Sehingga hari ini Barisan Nasional dilaporkan yang di terima 10 dari 12 PDM terbaik adalah PDM Jubakar Barat boleh katakan tertinggi ketika ini kerana majoriti di situ adalah pemgundi masyarakat Siam Jubakar Barat di mana pengundi majoriti adalah masyarakat Siam. Manakala Perdana Hitam telah diberitahu masih terdapat KELABU / HITAM adalah PDM Kampung Geting dan PDM Kedai Geting. Jika semuanya berjalan lancar dan ikut perkiraan bilik perang Barisan Nasional, majoriti paling rendah atau lantai adalah sekitar 600 undi. 

Adalah dipercayai angaran yang munasabah majoriti antara 900 ke 1100 bergantung kepada peratusan keluar mengundi. "Jika BN menang dengan majoriti yang lebih besar dari PKR kalah pada PRU13 lalu iaitu 1,736 undi, maka ia merupakan satu yang sangat memalukan PAS. "Calon mereka Wan Rosdi merupakan penyelia DUN di kawasan iaitu sejak dua penggal lepas, maknanya bukan muka baru, kerana sebagai penyelia DUN beliau mendapat peruntukan dari kerajaan negeri, berlainan dengan PKR yang tidak mempunyai aset serta jentera di Pengkalan Kubor," kata Hisomuddin. 


Menurutnya cerita anak  allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar berkata pengaruh arwah  pada masa dahulu amat keberkesanan dalam berkempen BN yang lalu ketika ditemuramah pada majlis makan malam BBQ  di Pengkalan Kubor bersama Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor pada isnin yang lalu. Dalam masa yang sama anak Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar akan membantu parti tersebut menang ketika PAS bergelut dengan isu perpecahan dalaman, kemelut MB Selangor dan isu di muktamar PAS baru-baru ini. 

Satu petanda baik kepada BN adalah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Pengarah Pilihanraya BN Pusat dijadualkan ke Pengkalan Kubor petang Khamis. Pengkalan Kubor merupakan antara program-program akhir Muhyiddin yang dijadualkan berlepas ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji pada Ahad. Tinggal beberapa jam akhir, jentera BN dan PAS sudah pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...