Selasa, 16 September 2014

PAS Takut Kalah MB Guna Kuasa Beri Cuti Peristiwa Pada Hari Buangan Undi #PRKPengkalanKubor @NajibRazak


Sebagai Menteri Besar Kelantan USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB mula menggunakan kuasa sepenuhnya memberi cuti kepada seluruh rakyat Kelantan dan seluruh Negeri Kelantan pada pilihan raya kecil N 01 Pengkalan Kubor yang akan berlangsung pada hari khamis 30 Zulkaedah 1435 bersamaan 25 september 2014.

Bagi Perdana Hitam berpendapat ini adalah satu Perang Psaikologi yang dimainkan oleh puak PAS yang mengatakan bahawa dapat memudahkan perjalanan PRK Pengkalan Kubor pilihan raya kecil N 01 Pengkalan Kubor yang akan berlangsung pada hari Khamis 30 Zulkaedah 1435 bersamaan 25 September 2014. 

Apa yang Perdana Hitam nampak adalah salah satu nya:
  1. PAS menggunakan kuasa VITO dengan memberi cuti kepada seluruh Negeri Kelantan yang digunakan semua jentera yang berada di dalam Negeri Kelantan oleh puak PAS dengan memberi cuti kepada negeri Kelantan supaya 
  2. Pas juga berfikir bahawa jentera PRK dan jentera DAP tidak akan bersama sama PAS untuk memperjuang dalam PRK Pengkalan Kubor
Begitu juga berlaku di PRK Sg Limau Kedah bahawa Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir telah memberi cuti umum pada hari buangan undi bagi negeri Kedah dan beranggapan memudahkan seluruh kakitangan kakitangan awam dan swasta di kawasan DUN itu kecil saja dibanding dengan jumlah seluruh negeri. Sebaliknya beliau beri kebenaran kakitangan kerajaan yang terlibat mengundi masuk lewat dan pihak swasta diminta ikut langkah kerajaan negeri.

Harapan saya agar proses pengundian pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan aman tanpa ada sebarang unsur memanipulasi undi. Tetapi sebenarnya PAS cuma takut dengan bayang bayang sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...