PDM SIMPANGAN SERAMAI 350 PENGUNDI MUDA SEMBANG SANTAI BERSAMA Ketua Pemuda YB Khairy Jamaluddin
Pemuda Umno yakin seramai 70% pengundi muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor tidak akan mensia-siakan peluang untuk terus memilih Barisan Nasional pada PRK itu, 25 September ini.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata ini kerana pengundi muda itu mengetahui dengan jelas apa yang telah dilakukan BN pada masa Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar menjadi wakil rakyat DUN itu sejak tiga penggal lalu. "Alhamdulillah saya lihat semua pengundi muda ini mengenali calon BN, (Mat Razi Mat Ail) yang mampu membawa kesinambungan Allahyarham dan mengambil berat masalah mereka.
"Mereka tahu jasa Allahyarham semasa menjadi wakil rakyat banyak membuat perubahan dan jika bukan jasanya tidak ada apa-apa sebenarnya di Pengkalan Kubor," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Daerah Mengundi Pengkalan Kubor di Tumpat, hari ini.
PDM GETING SAHAJA BOLEH MENCECAH 400 PENGUNDI MUDA
Turut hadir pada program itu adalah calon BN Mat Razi yang mesra dipanggil ustaz.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata kewibawaan calon BN yang dilihat bukan sahaja mampu membawa pembangunan fizikal tetapi juga mampu membawa golongan muda itu membentuk sahsiah yang baik berdasarkan kepada perwatakan ilmu agama yang ada pada Mat Razi.
Katanya dalam beberapa sesi pertemuan dengan golongan itu, mereka mahukan pembangunan yang lebih menyeluruh bagi masa depan mereka termasuk peluang ekonomi yang boleh disertai mereka.
Menurutnya hasrat golongan itu yang mahukan lebih banyak gelanggang futsal umpamanya akan diberi perhatian asalkan ada tapaknya.
"Masalah utama adalah tanah kerana ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Apa pun kita jamin untuk bina juga gelanggang itu," katanya.
Beliau turut mengingatkan jentera Pemuda supaya berkerja dengan berkesan kerana mereka bakal berdepan saingan yang sengit dengan parti lawan yang akan melakukan apa sahaja untuk merampas DUN berkenaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan