Selasa, 16 September 2014

Wang Ehsan RM224.3 Juta Disalurkan Melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Untuk Pembangunan @NajibRazak #PRKPengkalanKubor



KERAJAAN Persekutuan ingin menegaskan bahawa berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa, Kerajaan Negeri Kelantan, sepertimana juga semua negeri di Semenanjung Malaysia, tidak berhak ke atas 5% Bayaran Tunai daripada hasil petroleum yang dijumpai dan dikeluarkan dari kawasan perairan yang melebihi tiga batu nautika dari garis air surut ataupun persisiran pantai negeri. 

Namun demikian, Kerajaan Persekutuan tetap membuat bayaran kepada Kerajaan Negeri Kelantan daripada hasil pengeluaran dari kawasan perairan yang melebihi tiga batu nautika dari garis air surut atau persisiran pantai Negeri Kelantan dalam bentuk wang ehsan. Bayaran tersebut yang diterima daripada PETRONAS mulai tahun 2010 tidak digunakan oleh Kerajaan Persekutuan. 

Sebaliknya, ia dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Wang Ehsan Negeri Kelantan. SEHINGGA September 2014, jumlah bayaran yang diterima daripada PETRONAS yang telah dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Wang Ehsan Negeri Kelantan adalah sebanyak RM224.3 juta. 

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM120.8 juta telah disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (JPP Kelantan) untuk membiayai Program Wang Ehsan. KERAJAAN Persekutuan memutuskan supaya mulai tahun 2015, Program Wang Ehsan yang sebelum ini dilaksanakan oleh JPP Kelantan turut dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) pada nisbah 50:50 tertakluk kepada siling RM25 juta setiap agensi. 

SKOP Program Wang Ehsan masih dikekalkan iaitu memberi tumpuan kepada program pembasmian kemiskinan, bantuan persekolahan, khairat kematian, bantuan bencana serta bantuan anak yatim. PENGLIBATAN MAIK adalah diharapkan dapat meningkatkan lagi keberkesanan Program Wang Ehsan. 

Perkara ini adalah selaras dengan cadangan yang dikemukakan oleh pihak Istana Negeri Kelantan. Untuk rekod, pentadbiran MAIK diterajui oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan. INI merupakan satu langkah interim sehingga penyelesaian yang komprehensif dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan setelah kes tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan diputuskan oleh mahkamah kelak.

Sumber

BEBERAPA SENARAI PROJEK HIGH IMPACT YANG DIPERJUANGKAN OLEH ARWAH DATO DI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN NYA DI #PENGKALANKUBOR. 

BEBERAPA SENARAI PROJEK HIGH IMPACT YANG DIPERJUANGKAN OLEH ARWAH DATO DI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN NYA DI #PENGKALANKUBOR.


Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). 
Kos Projek - 67.0 Juta 
Lokasi - Tujoh 
Tarikh Mula - 25 September 2006 
Tarikh Siap - 26 Ogos 2009 
Impak Projek - Bil.Pelajar 778 Orang-Bil.Guru 59 Orang-Bil.Bukan Guru 31 Orang-Bil.Kelas 

28 Jalan Kesban Pengkalan Kubor. 
Kos Projek - 58.6 Juta 
Lokasi - Pengkalan Kubor 
Tarikh Mula - 12 September 2004 
Tarikh Siap - 10 Mac 2007 



Pengkalan Kastam Pengkalan Kubor. 
Kos Projek - 12.3 Juta Lokasi - Pengkalan Kubor 
Tarikh Mula - 1 April 2006 
Tarikh Siap - 15 Ogos 2010 
Impak Projek - Pungutan Cukai Jan-Sep 2014 Rm 1571,597.63 

Pusat Pengumpulan, Pemprosesan & Pembungkusan (CPPC) Produk Berasaskan Ikan. 
Kos Projek - 5.06 Juta
Lokasi - Pengkalan Kubor 
Tarikh Mula - 15 September 2011 
Tarikh Siap - 29 November 2012 
Impak Projek. Membantu memperkembangkan dan meningkatkan lagi mutu kerja para nelayan. 

Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Tumpat. 
Kos Projek - 3.0 Juta Lokasi - Pengkalan Kubor 
Tarikh Mula - 1 Januari 2006 
Tarikh Siap - 27 Disember 2010 
Impak Projek - Mengurangkan risiko kejadian banjir di jajahan Tumpat. 

Masjid Kubang Sawa. Kos Projek - 1.6 Juta 
Lokasi - Kg Bendang Pak Yong 
Tarikh Mula - 28 Januari 2010 
Tarikh Siap - 31 Mac 2011
Impak Projek - Memberi keselesaan kepada jemaah utk beribadat. 



Projek Penapis Air 1 Malaysia. 
Kos Projek - 0.2 Juta 
Tarikh Mula - 10 Ogos 2012 
Tarikh Siap - 22 November 2012 
Impak Projek - Memberi bekalan air bersih kpd 500 penduduk Kg Tualang & Kg Dedap


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...