Rabu, 27 Ogos 2014

Tahniah DS Abd Wahid Berani Tampil Memberi Kenyataan Sebenar Isu Penyebaran Maklumat PSI @NajibRazak @AliHamsa55

Penjelasan Dato Seri Abd Wahid sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri amat jelas bahawa pihak EPU tidak langsung terlibat dengan penyebaran penyalahangunaan maklumat PSI


PUTRAJAYA Semalam 25 Ogos - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar diminta menjelaskan mengapa terdapat projek inisiatif swasta (PSI) ditender selepas kertas cadangan rasmi itu dihantar oleh syarikat swasta kepada Unit Perancangan Ekonomi (EPU). 

Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, perkara itu berlaku selepas ada dikalangan pihak swasta tersebut telah melalui proses pembentangan kertas kerja kepada Ahli Majlis Ekonomi, Jawatankuasa Polisi Fiskal dan Kabinet sendiri. 

Katanya, selepas pembentangan itu, konsep cadangan PSI tersebut dipercayai telah dipersetujui. "Jika ini benar, tindakan memanggil untuk tender sebarang projek PSI selepas melalui proses berkenaan akan terdedah kepada penyalahgunaan maklumat PSI tersebut apabila pihak 'fotokopi ekspres' akan mempergunakan proses tender ini. "Perkara itu dilakukan untuk memberi ruang kepada pihak ketiga termasuk rakan mereka untuk menyertai tender secara 'pintu belakang' dengan menciplak kertas cadangan pihak PSI tersebut," katanya seperti dipetik dalam Buletin Utama TV3, malam ini.

Baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendesak supaya amalan unit fotokopi ekspres yang berleluasa dalam jabatan kerajaan ketika ini dihentikan segera dan dibanteras habis-habisan. Zulkifli seterusnya mencabar Abdul Wahid supaya tampil memberikan penjelasan dan menyanggah kenyataannya jika tidak benar. "Pencerahan daripada menteri adalah sangat penting supaya rakyat dapat melihat ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam proses PSI ini," katanya

*Ini jelas bahawa pihak EPU mempunyai kakitangan yang cukup berkaliber dan bertanggungjawab dalam segala urusan pejabat serta tugasan dalam setiap bidang dan segala tuduhan yang dilemparkan dan mengaibkan pegawai pegawai kakitangan EPU adalah tidak benar sama sekali. Sekali lagi Perdana Hitam mengucapkan tahniah kepada Dato Seri Abd Wahid kerana dapat memberi jawapan yang jelas dan cukup lengkap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...