Selasa, 15 Julai 2014

Penjualan BungaApi Di Shoping Kompleks Seperti Cendawan Tumbuh @Zahid_Hamidi @NajibRazak



15/7/2014 Bangi Penjualan bunga api di luar Kompleks membeli belah Warta Bangi menjadi jadi seperti cendawan tumbuh tampa menghiraukan orang awam yang datang untuk membelanja baju raya dan barang keperluan yang lain. 

Jualan bunga api di luar shoping Kompleks ini seperti mengalakan kecederongan aktiviti penjeludupan yang sedang berluasa pada ketika ini. Pihak PDRM serta Penguatkuasa Tempatan perlulah ambil tindakan terhadap penjualan bunga api ini yang boleh mengakibatkan kecerderaan kanak kanak dan juga kebakaran rumah kediaman

Disamping itu juga pihak berkuasa seperti PDRM serta Penguatkuasa Tempatan tidak mengindahkan aktiviti aktiviti penjualan bunga api kepada orang ramai pada masa kini dimanakah pihak yang harus bertanggungjawab ini yang hanya memandang remah tentang penjualan bunga api ini.

Rakyat juga tahu tentang bahaya nya bermain bunga api salah satunya boleh mengakibatkan kecerderaan dan kebakaran rumah tetapi ramai ibu bapa terpaksa akur kehendak kanak kanak yang inginkan kemeriahan tampa berfikir tentang bahaya nya bermain bunga api ini.




Kegiatan penyeludupan mercun pada musim perayaan tidak ubah seperti ‘pesta’ apabila peniaga-peniaga mercun dari Malaysia, terutama Kelantan mampu meraih pendapatan lumayan sehingga RM11,000 sebulan. 
Seorang penyeludup mercun berusia 44 tahun dari Rantau Panjang mendakwa, dia telah melakukan kerja menyeludup mercun sejak lapan tahun lalu. Kegiatan itu paling aktif dilakukan pada sekitar dua bulan sebelum sesuatu perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri. 
Selama beberapa hari di sini mendapati ramai rakyat Malaysia yang masuk ke Selatan Thailand untuk membeli pelbagai jenis mercun untuk diseludup masuk dan dijual di pasaran Kelantan dan seluruh negara.
“Kerja menyeludup memang susah sikit kerana saya terpaksa menunggu keadaan yang baik untuk mengeluarkan barang-barang dibawa ke Rantau Panjang melalui pangkalan haram. “Walaupun kerja menyeludup mercun ini susah, untung yang saya dapat dua hingga tiga kali ganda daripada harga asal yang saya beli daripada kedai di Thailand. 
“Hasil menyeludup mercun saya boleh dapat RM11,000 sebulan kerana saya hantar terus kepada peniaga-peniaga di Kelantan yang membuat pesanan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Katanya, dia membeli mercun bola kecil dengan harga RM15 satu beg plastik berisi 200 biji di Thailand. 
Dia kemudian menjual semula mercun itu di Kelantan pada harga RM50 satu beg plastik. “Penyeludup adakalanya menjadi orang tengah antara peniaga mercun di Kelantan dan tauke mercun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...