Selasa, 22 Julai 2014

Bajet 2015 @NajibRazak Mengambil Berat Tentang Kos Sara Hidup Tinggi @AliHamsa55


Beban kos sara hidup tinggi akibat kenaikan harga barang yang ditanggung rakyat merupakan perkara utama yang di­bincangkan dalam sesi perundingan pertama Bajet 2015. 

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, perundingan yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu disertai 400 wakil daripada pihak industri, perbankan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Katanya, sesi itu merupakan perbincangan pertama dalam menyediakan bajet tahun depan yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat 10 Oktober ini, bergantung kepada pindaan. 

“Untuk perbincangan bajet kali ini, kita akan fokus kepada banyak isu dengan perkara utama ialah mengenai kos sara hidup iaitu kenaikan harga barang selain mengurangkan defisit.” “Kita juga fokus bagaimana untuk memperkukuhkan rangkaian perbekalan. Apabila kita sudah memperoleh maklum balas, perkara itu menjadi salah satu aspek penting dalam perbincangan menyediakan bajet tahun depan.” 


“Selain itu, kita juga akan membincangkan rasionalisasi subsidi iaitu bagaimana kerajaan dapat berjimat supaya hasil penjimatan itu dapast dipindahkan kepada kumpulan sasaran,” katanya Menurut Ahmad Husni, perbincangan untuk bajet tahun depan juga menumpukan pada usaha mengangkat dan mengetengahkan usahawan muda ke peringkat glo­bal. 

Beliau berkata, kerajaan tidak mahu melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang keusahawanannya hanya bergantung kepada pasaran domestik. “Dari segi inovasi dan kreativi­tinya, kita sebenarnya mampu ke peringkat global. 

Hal demikian kerana kita tahu ada beberapa perisian yang dihasilkan oleh rakyat kita telah pun digunakan di beberapa negara dan juga oleh pihak swasta.” “Jadi kita mahu mengangkat usahawan dan mereka yang bukan usahawan pula akan kita berikan latihan. 

Inilah perkara-perkara yang akan kita bincangkan dalam penyediaan Bajet 2015,” katanya. “Apabila kita memperoleh statistik kedatangan pelancong, kita akan tahu nanti sama ada kekurangan pelancong dari China ini dapat diisi oleh pelancong dari negara lain,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...