Jumaat, 11 Julai 2014

@AliHamsa55 Kajian Cuepacs 45% Kumpulan Sokongan Kerajaan Adalah Miskin Tegar @NajibRazak


PUTRAJAYA: Isu membabitkan penjawat awam, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik adalah antara yang dibincangkan dalam perjumpaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan CUEPACS di sini, hari ini. 

Perjumpaan lebih sejam itu disertai Presiden CUEPACS, Azih Muda serta kepimpinan tertinggi CUEPACS antaranya Timbalan Presiden Satu Zainal Ismail, Timbalan Presiden Dua Mohd Shaman Jaes dan Setiausaha Agung Lok Yim Pheng di pejabat Timbalan Perdana Menteri di sini. 


Azih berkata dalam pertemuan itu CUEPACS membangkitkan beberapa perkara antaranya masalah pembelian rumah dalam kalangan penjawat awam. "Kami memberitahu kerajaan bahawa penjawat awam yang bekerja antara satu hingga 10 tahun pertama langsung tidak mampu untuk membeli rumah dengan harga mahal. "Malah yang bekerja melebihi 10 tahun pun ada yang tidak mampu kerana harga terlalu mahal. 

Kami harap kerajaan dapat memastikan harga rumah terkawal dan lebih rendah supaya lebih ramai dapat membeli rumah," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu. Azih berkata CUEPACS turut meminta kerajaan mempertimbang semakan gaji penjawat awam terutama kumpulan sokongan supaya tidak di bawah paras kemiskinan. "Kira-kira 45 peratus penjawat awam jadi kumpulan 'mudah miskin' selepas membeli kereta, rumah dan sebagainya dengan pendapatan itu. 

Jadi kami minta kerajaan melihat semula perkara ini," katanya. Menurutnya CUEPACS turut berharap kerajaan tidak menarik balik elaun perumahan yang diterima penjawat awam apabila menetap di kuarters perumahan kerajaan. 

Katanya, elaun itu harus dikekalkan bagi membantu penjawat awam berdepan kos sara hidup yang tinggi. Dalam pada itu Azih memberitahu bahawa CUEPACS akan membantu kerajaan turun padang bagi menerangkan kepada penjawat awam mengenai pelaksanaan GST tahun depan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...