Sabtu, 7 Jun 2014

PPIM POW Cadbury Dalam Isu BABI Apa Citer Nii Siapahkah Dalangnya??



Wahhh..nampak gayanya makin panas isu DNA babi yang dikatakan terdapat dalam coklat Cadbury sampai PPIM dikatakan telah meminta ufti atau dalam bahasa kasarnya 'POW' kepada syarikat Cadbury.


Persatuan Pengguna Islam Malaysia dikatakan oleh Yuseri Yusof telah meminta sesuatu dari syarikat pengeluar coklat Cadbury bagi membersihkan nama syarikat tersebut selepas Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan produk keluaran syarikat tersebut telah dicemari dengan DNA babi.

Tuduhan Yuseri ini perlu dijawab segera oleh PPIM memandang kan persatuan tersebut selama ini mempunyai kredibiliti yang dipercayai oleh pengguna pengguna Islam di seluruh negara. 

Perdana Hitam bersahabat dengan Yuseri Yusof terkejut perkara ini didiamkan oleh PPIM rasa akan menimbulkan keraguan terhadap PPIM oleh pengguna pengguna Islam kerana dakwaan yang disebut oleh Yuseri Yusof jelas menunjukkan bahawa PPIM begitu mudah dibeli oleh sesiapa sahaja yang sanggup mengeluarkan belanja.Baca Disini 





Setelah POW Cadbury tidak berhasil PPIM pula ingin saman Yuseri Yusof dalam fikiran Perdana Hitam berapa juta nak saman Yuseri Yusof nii.





Sementara tunggu 48 jam, saya tanya sekali lagi - "ADA atau TIDAK pihak PPIM minta sesuatu dari Cadbury dengan menawarkan bantuan untuk memulihkan imej syarikat berkenaan selepas.

KKM umum produk mereka dicemari DNA babi tapi Cadbury tak layan? 

Disebabkan penolakkan pihak Cadbury pada 27 Mei, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim keluarkan kenyataan keras berbunyi -

 "Kami akan pastikan kilang (Cadbury) ditutup, jadikan ia satu sejarah, biar Cadbury lupus dalam pasaran dunia" 

PPIM cuma perlu jawab - ADA ke TAKDE? Tak perlu meraban ikut posisi akta makanan larangan bla bla bla... Kelakar bila tengok NGO tuntut permohonan maaf melalui komen di blog. 

Kalau saya, perkara pertama saya akan buat repot dulu. Lepas itu baru keluarkan kenyataan rasmi (bukan komen di blog) agar individu tersebut mohon maaf atau berdepan tindakan undang-undang. 

Baru nampak smart - ini pun gua nak kena ajar PPIM? 

Saya demand Sheikh Abdul Kareem mintak maaf depan kubur arwah bapak saya secepat mungkin sebab salah eja nama beliau. 

Sepanjang hayat arwah cukup pantang orang silap eja namanya. Status ini bebas dari DNA babi walaupun panjang, sekian! 


Kita perlu tahu bahawa salah satu pemilik saham dalam Cadbury ialah syarikat Bousted yang dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan satu lagi ialah Felda Berhad yang mana kedua dua syarikat ini berkepentingan menjaga hak orang Melayu. 

Tetapi ternyata PPIM hangat hangat Tahi Ayam ini bermakna ternya kenyataan yang di buat oleh Yuseri Yusof  mungkin ada kebenaran bahawa pihak PPIM inginkan imbuhan dari kilang Cadbury dan ada pihak PPIM menyatakan "Kami pastikan kilang Cadbury tutup"

Hari ini masih lagi pihak PPIM tidak lagi mengeluarkan saman terhadap Yuseri Yusof 


Mari kita tengok sapa yang kena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...