Jumaat, 13 Jun 2014

Biar Betul Petani Dan Nelayan Kuala Besut Dapat Durian Runtuh @IsmailSabri60 @Moa_Gov #DSIS



Setelah selesai majlis lawatan dan perasmian Pasar Nelayan LKIM di Kuala Besut, TPM diiringi Menteri Pertanian bergegas ke Kg. Nyior Tujuh untuk melawat tapak pasar tani baru di kawasan tersebut seterusnya merasmikan program baru Kementerian Pertania, Industri dan Asas Tani yang dinamakan "Jom Bertani". Program ini bertujuan menggalakkan rakyat terutama di kampung dan di bandar agar menanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri sepertimana yang pernah dilakukan oleh orang terdahulu yang memenafaatkan setiap inci tanah halaman di sekitar kawasan kediaman dengan menanam sayur-sayuran. Di kawasan bandar, pendekatan ‘Jom Bertani’ lebih mirip kepada kempen pertanian bandar dan ia bertujuan untuk menggalakkan penduduk menanam sendiri bahan makanan mereka bagi mengurangkan kos sara hidup seharian.

Matlamat Program Jom Bertani adalah menggalakkan masyarakat umum untuk mengeluarkan makanan sendiri bagi kegunaan harian. Dengan adanya kesedaran dan penghayatan yang bersungguh-sungguh oleh semua pihak, pelaksanaan program ini akan memberi impak yang positif ke arah pencapaian untuk melihat keterlibatan dengan penuh semangat rakyat dalam tanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan ulam-ulaman, menternak dan memelihara ikan sebagai usaha sampingan untuk menampung keperluan sendiri.

Melalui program Jom Bertani ini rakyat digalakkan mengeluarkan bahan makanan untuk kegunaan sendiri. Dengan cara ini rakyat dapat menjimatkan perbelanjaan masing-masing serta dapat membantu negara berjimat dalam mengimport bahan makanan terutamanya bagi bahan makanan yang boleh ditanam di negara ini. Kerajaan telah menyediakan banyak program dan kemudahan bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Maka, rakyat haruslah bijak merebut peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan yang disediakan dan terus menyokong usaha kerajaan. Peluang-peluang yang disediakan tidak mungkin dapat disediakan oleh kerajaan selama-lamanya. Kerajaan negeri pula perlu memikirkan program-program yang sesuai manakala kementerian akan menyokong dan memperkukuh serta membantu program-program pertanian yang dirancang oleh kerajaan negeri



Matlamat Program Jom Bertani adalah menggalakkan masyarakat umum untuk mengeluarkan makanan sendiri bagi kegunaan harian. Dengan adanya kesedaran dan penghayatan yang bersungguh-sungguh oleh semua pihak, pelaksanaan program ini akan memberi impak yang positif ke arah pencapaian untuk melihat keterlibatan dengan penuh semangat rakyat dalam tanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan ulam-ulaman, menternak dan memelihara ikan sebagai usaha sampingan untuk menampung keperluan sendiri. Melalui program Jom Bertani ini rakyat digalakkan mengeluarkan bahan makanan untuk kegunaan sendiri. Dengan cara ini rakyat dapat menjimatkan perbelanjaan masing-masing serta dapat membantu negara berjimat.





Bertempat di Pasar Nelayan LKIM Kuala Besut Terengganu telah berlangsung majlis perasmian Pasar Nelayan LKIM yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama dengan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob. TPM telah membuat lawatan ke beberapa gerai jualan hasil pertanian dan laut yang diusahakan oleh nelayan sendiri dan penduduk setempat.

Setelah selesai membuat walk-about ke gerai jualan di Pasar Nelayan LKIM, TPM diiringi Menteri Pertanian mengambil peluang bersarapan pagi bersama wakil persatuan nelayan dan nelayan-nelayan di Kuala Besut sambil berbual secara santai berbicara mengenai permasalahan yang dihadapi oleh nelayan serta penduduk kampung. Beberapa masalah yang dihadapi oleh nelayan telah dibangkitkan serta disampaikan sendiri secara bersemuka empat mata kepada TPM dan Menteri Pertanian. Hasilnya, TPM dibantu Menteri Pertanian akan cuba menyelesaikan masalah berbangkit dengan kadar segera.

Selesai bersarapan bersama nelayan, TPM dan Menteri Pertanian bergegas ke Kg. Nyior Tujuh bagi merasmikan program "Jom Bertani" di sana. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...