Khamis, 5 Jun 2014

Panas!! Panas!! Ada Kakitangan KKM Jual Maklumat Sulit Isu DNA Babi Biar Betul @Alihamsa55 @NajibRazak @DairyMilk


Disebabkan maklumat sulit 'dijual' oleh pihak pegawai dalaman KKM mungkin dengan berniat sesuatu maka kita umat islam hampir dikelirukan dan JAKIM pula menjadi mangsa keadaan.

Hampir seminggu reputasi JAKIM terhakis dek dipersalahkan kerana memberi persijilan halal terhadap produk cadbury sedangkan dua sample produk cadbury telah disahkan mempunyai unsur poselin DNA babi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia-KKM.

Ada individu dipercayai dikalangan pegawai KKM sendiri yang mendedahkan maklumat sulit awal hasil analisis terhadap dua sample produk itu dengan terburu-buru sedangkan laporan penuh hasil siasatan belum dibuat dan dibawa untuk pengetahuan pihak JAKIM terlebih dahulu.

Pihak JAKIM tampil begitu telus dan menunjukan integriti dengan membuat ujian semula dengan mengambil sample dari batch produk yang sama terus dari kilang cadbury dan hasilnya sah sample tersebut bebas DNA babi.



Kekeliruan kepada orang ramai mula tercetus dan mereka mula menyalahkan JAKIM sedangkan kekeliruan sebenarnya dibawa oleh pihak dalaman KKM sendiri.

Buktinya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia - YB Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya mengakui pihak mereka terburu-buru dalam mendedahkan hasil analisis produk terbabit serta akan menyiasat pegawainya yang mendedahkan maklumat sulit kerajaan tersebut.

ADC mendesak supaya pegawai yang terbabit didedahkan identitinya dan tidak cukup hanya cakap untuk menyiasat penglibatannya…. KKM perlu ambil tindakan tegas terhadap pegawai yang mendedahkan maklumat sulit kerajaan tersebut dan tindakan tegas dengan mensabitkan kesalahan dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972terhadapnya perlu diambil !





Jakim mengesahkan dua sampel produk coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang syarikat itu disahkan oleh makmal Jabatan Kimia, tidak mengandungi DNA babi. “Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan kenyataan bahawa ia mengesan ‘porcine’ atau DNA babi dalam coklat susu dan kacang hazel serta coklat susu dan badam bagi kelompok produk itu bertarikh luput 13 November 2014 dan kelompok bertarikh luput 15 Januari 2015,” katanya.

Abdul Rani menggesa pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan proaktif bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Sementara itu, Presiden JMM, Azwanddin Hamzah menggesa KKM dan Jakim memberi penjelasan lebih baik kepada rakyat berhubung isu ini. 

Berikut adalah kronologi isu coklat cadbury yang hangat sejak 24 Mei 2014. 

24 Mei 2014 : 
Kementerian Kesihatan (KK) mengesahkan dua sampel coklat Cadbury (Cadbury Dairy Milk Hazelnut & Cadbury Dairy Milk Roast Almond), mengandungi DNA babi. 

24 Mei 2014 : 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggantung serta merta siji halal dua jenama coklat tersebut. 

25 Mei 2014 : 
Jakim mengadakan mesyuarat khas dengan KKM, Jabatan Standard dan Jabatan Kimia. 

26 Mei 2014 : 
Lebih 80 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam mahu memfailkan saman berjumlah RM100 juta terhadap syarikat Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd (Cadbury). 

26 Mei 2014
Pasukan Pemantau dan Penguatkuasaan Halal JAKIM membuat pemeriksaan ke atas seluruh rantaian pengeluaran syarikat Cadbury. 

29 Mei 2014 : 
Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan produk Cadbury halal dimakan di atas alasan ‘umum al-balwa’ (kesukaran yang sukar dielak). 

2 Jun 2014 : 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Jamil Khir Baharom mengesahkan dua sampel produk Cadbury yang diambil terus dari kilang, tidak mengandungan DNA babi. 

3 Jun 2014 : 
KKM mengakui semua 15 makmalnya tiada akreditasi menentukan status halal produk makanan, sebaliknya terhad kepada kandungan bahan makanan seperti ikan dan daging, bebas daripada pencemaran kimia dan racun. 

3 Jun 2014 : 
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahya mengakui sikap terburu-buru seorang pegawai KK membocorkan laporan awal ujian makmal ke atas dua sampel coklat Cadbury-yang belum disahkan-sebagai punca masalah. 

3 Jun 2014 : 
Datuk Seri Hilmi Yahya memaklumkan pegawai KKM yang membocorkan laporan awal tersebut, sedang disiasat dan akan diambil tindakan tegas. 

3 Jun 2014 : 
Datuk Seri Hilmi Yahya memohon semua pihak menerima keputusan ujian makmal yang dilakukan JAKIM yang mengesahkan tiada DNA babi ditemui dalam produk Cadbury.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...