Rabu, 25 Jun 2014

@IsmailSabri60 Terkejut Hampir 70% Meterial Sangkar Diperbuat Daripada Kayu Jati #DSIS @NajibRazak


Agenda utama mesyuarat pagi ini adalah memperbaharui MoU dalam sektor pertanian dan membincangkan isu isu pertanian dengan mencapai kata sepakat dalam menjalankan aktiviti pertanian yang akan menguntungkan kedua2 negara. 

Dalam masa yang sama Malaysia telah merancang untuk melabur di Indonesia khususnya seperti: sektor padi, ternakan sapi (lembu), semen ikan beku (frozen sperm), sangkar ikan dll. Dari segi itu juga sebagai rakan ASEAN dan jiran serumpun, sepatutnya keutamaan perlu diberikan kepada Indonesia. Lebih2 lagi kosnya lebih murah berbanding negara2 jiran yang lain.


Disamping lawatan YB Datuk Seri Ismail Sabri ke Kilang Aquatec yang khusus untuk membuat sangkar akuakultur (laut/darat) yang berteknologi tinggi dan disitu juga terdapat sangkar sangkar yang berkualiti yang boleh menampung beban sehingga 325kg. 

Meterial sangkar ini telah diperbuat hampir dari 70% kayu jati dan 30% HDPE serta sangkar ini mampu bertahan sehingga 20 tahun lamanya.




Dari segi itu juga pada pandangan Malaysia tidak boleh harus lihat Indonesia sebagai pesaing, malah Malaysia haruslah perlu berkerjasama dengan kepakaran dan sumber yang mereka ada dan Malaysia perlu berkerjasama dengan pihak Indonesia. 

Malaysia akan terus bekerjasama dalam membangunkan pertanian terutamanya dlm bentuk bidang latihan. 

Bnyk lagi perkara2 yg lebih terperinci akan dibincangkn kerana pihak MoU yang ditandatangani akan segera bertindak sebagai 'payung', perincian dan seterusnya akan dibincangkan dalam mesyuarat teknikal.


Dengan perbincangan pihak Indonesia saya berharap Malaysia berminat utk buat 'reverse investment' dengan Indonesia dan akan dibincangkan dgn lebih detail oleh pihak Indonesia. 

Selain itu juga beberapa polisi yang melibatkan kedua2 negara perlulah dilihat semula supaya perbincangan ini dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...