Khamis, 26 Jun 2014

@Ismailsabri60 Merasmikan Hari Cendawan 2014 Di Tesco Bukit Tinggi Klang #DSIS @NajibRazak



Seramai 500 orang yang hadir pada Perasmian Hari Cendawan 2014 di Tesco Bukit Tinggi Klang 


KLANG dasar Agromakanan Negara 2011-2020 yelah meletakan cendawan sebagai salah satu komoditi yang bernilai tinggi dimana tumpuan peningkatan aktiviti huluan dan hiliran akan diberi keutamaan bertujuan untuk meningkatkan Pendapatan Negara Kasar. Kerajaan amat perihatin terhadap tahap pengeluaran daripada hasil pertanian negara pada masa kini. 

Kerajaan juga begitu serius untuk menjadikan negara sebagai negara pengeluar makanan yang dapat menampung keperluan sendiri dan eksport. Berdasarkan statistik tahun 2011, negara mengimport bahan makanan bernilai RM34.4 bilion dan mengeksport bahan makanan bernilai RM20.5 bilion. Ini akan mengakibatkan negara menghadapi defisit imbangan perdagangan sebanyak RM13.9 bilion. 

Hal ini bukan menrugikan negara dari segi pertukaran wang asing, malahan boleh menjejaskan sekuriti makanan negara. Industri cendawan mempunyai prospek yang cerah dimana pengeluaran cendawan dalam negara hingga hanya 16% sahaja dan manakala bagi memenuhi keperluan sebenar cendawan dalam negara sebanyak 84% lagi adalah diimport dari luar negara. 

Justeru itu, komoditi cendawan menpunyai pontensi yang sangat tinggi untuk diceburi oleh golongan belia/muda yang berminat menjadi usahawan muda cendawan berdasarkan permintaan terhadap cendawan yang semakin meningkat dipasaran temparan pada masa kini dan sejajar dengan pertambahan jumlah penduduk serta penggunaan per kapita yang semakin meningkat tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...