Jumaat, 27 Jun 2014

@Ismailsabri60 Menawarkan 2 Buah Rumah Cendawan Kepada Usahawan #DSIS @Moa_Gov @NajibRazak



Semalam YB Dato' Sri Ismail Sabri Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia merasmikan Hari Cendawan 2014 dengan menawarkan 2 buah rumah cendawan kepada pengusaha cendawan dan bagi mengalakan usahawan muda/belia dengan pakej Projek Agropreneur Muda Cendawan 2014.

Disamping itu juga pihak Kementerian Pertanian akan menyediakan dana sebanyak 30% bagi membantu usahawan cendawan memulakan projek cendawan ini dengan kerjasama Tekun Nasional dan Agrobank. Pihak Kementerian Pertanian juga sedia menyediakan peruntukan sebanyak RM1 Juta kepada pihak Jabatan Pertanian sebagai peruntukan tambahan setiap tahun bertujuan pengeluaran benih cendawan yang sedang hebat beroperasi di Negeri negeri seperti Johor, Kelantan, Kedah dan Selangor.




Industri cendawan negara telah memberi nafas baru bagi bertujuan pembangunan yang lebih mampan, cepat dan pesat. Hasil benih tisu kultur yang berkualiti dapat dihasilkan dengan banyak dan di samping penggunaan mekanisasi dan automasi berkesan.

Pengusaha pengeluar cendawan diberi fokus mengikut jenis cendawan yang telah berkualiti dan berhasil tinggi. Antara cndawan yang telah mendapat perhatian di Malaysia adalah Tiram Kelabu, Tiram Putih, Telinga Kera/Black Jelly, Shitake, Butang Putih dan Perang dan Ganoderma.

Burger yang diperbuat daripada produk cendawan selain dari menggunakan daging


MAKANAN RINGAN YANG DIHASILKAN DARI PRODUK CENDAWAN

Jabatan Pertanian telah mengeluarkan Persijilan SOM kepada 9 Syarikat dan Persijilan MyGap kepada 22 Syarikat yang menjalankan perusahaan cendawan di Malaysia. Rantaian produk makanan segera/ringan, produk kosmetik dan terapi diri, produk makanan kesihatan dan juga produk baja organik serta kompos hasil dari kitar semula.

Justeru itu, YB Dato' Sri Ismail Sabri Menteri Pertanian menyeru kepada Generasi Y dan golongan muda/belia merebut peluang yang telah kerajaan sediakan pada masa kini. Pakej ini juga dapat memberi peluang keemasan dengan segala kemudahan khas dalam satu pakej yang disediakan oleh UAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...