Rabu, 25 Jun 2014

@Alihamsa55 Menghargai Pegawai Gred Utama Sehingga Gred 54 Dan Diberi Emolumen Asal @NajibRazak

PUTRAJAYA, 24 Jun -- Tahniah pegawai Gred Utama C / Gred Khas C dan Gred 54 dan Gred Setaraf telah diberi semula Elaun Keraian Serta pelbagai kemudahan yang setaraf mengikut Gred Pegawai dan mempunyai tiga daripada 11 langkah penjimatan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Disember tahun lepas akan ditamatkan pada 1 Julai ini. 

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata tiga langkah tersebut yang dikenakan ke atas pegawai kanan kerajaan membabitkan elaun keraian/imbuhan tetap keraian, kemudahan bayaran tol serta kelayakan tiket penerbangan. 

"Alhamdulilah, ekonomi negara telah menunjukkan trend yang memberangsangkan dalam tempoh suku pertama 2014 dengan mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Kasar Negara sebanyak 6.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas hanya 5.1 peratus," katanya semasa berucap dalam Majlis Perjumpaan dengan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred Utama C/ Gred Khas C dan Gred 54 / Gred setaraf, di sini Selasa. 

Penamatan langkah penjimatan itu membolehkan pegawai kanan kerajaan menikmati tiga kemudahan tersebut pada kadar asal, bermula bayaran emolumen Julai ini. Ali turut menyentuh Laporan Ketua Audit Negara tahun 2013 siri 2 yang dikeluarkan pada 16 Jun lepas dengan mengingatkan pegawai kerajaan supaya lebih prihatin. 

"Inisiatif-inisiatif ditumpukan terhadap pematuhan peraturan kewangan yang berkuat kuasa supaya tiada lagi teguran sedemikian dibuat dalam laporan akan datang walaupun terdapat penurunan dari segi teguran bersifat punitif (salah laku) bagi tahun ini," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...