Jumaat, 9 Mei 2014

PRK Bukit Gelugor Huan Cheng Guan Mula Mencabar DAP Di #BukitGelugor! @Huan2u #Huan2BG #AsalBukanDAP


Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berhasrat mencuba nasib dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada 25 Mei ini.

Keputusan itu dibuat berlandaskan pengalaman yang ditimba dalam bidang politik selama ini.

"Saya akan guna segala pengalaman sebagai bekas Naib Presiden Gerakan dan Ahli Parlimen Batu Kawan antara tahun 2004 hingga tahun 2008 untuk berkhidmat kepada penduduk Bukit Gelugor.

"Walaupun bukan lagi berstatus Ahli Parlimen, saya tetap akan berkhidmat kepada rakyat menerusi PCM serta pertubuhan bukan kerajaan, Centre for Political Awareness untuk membawa kesedaran dalam isu-isu tertentu melibatkan rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Parlimen Bukit Gelugor kosong berikutan kematian Pengerusi DAP, Karpal Singh,74, selepas terlibat dalam kemalangan di Gopeng, Perak pada 17 April lalu.

Kemudian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan PRK di Bukit Gelugor pada 25 Mei ini dan hari penamaan calon pada 12 Mei (Isnin).

PRK kali ini menyaksikan anak lelaki Karpal, Ram Karpal dikhabarkan akan bertanding.

Dalam pada itu, MCA masih belum mengumumkan calon Barisan Nasional di Bukit Gelugor dan presidennya Liow Tiong Lai dijangka akan mengumumkan calon pada bila-bila masa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...