Rabu, 14 Mei 2014

@IsmailSabri60 #DSIS Mengambil Langkah Bijak Bagi Menghadapi Fenomena El Nino @NajibRazak






Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino, yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan, akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini. 

Pakar-pakar kaji cuaca tempatan belum dapat memastikan bahawa Malaysia akan mendapat tempias El Nino pada kali ini namun jika ia berlaku, kemungkinannya ialah Malaysia akan menghadapi keadaan musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai pertengahan tahun ini. 

Bagaimanapun, mereka mengingatkan pihak berkuasa, terutamanya yang berkaitan pengurusan bekalan air supaya membuat persediaan awal menghadapi fenomena El Nino itu bagi mengelakkan krisis bekalan air yang serius. El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik. 

Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau berpanjangan. Sudah tentu fenomena ini akan mengeringkan lagi mukabumi Malaysia. Bila cuaca tidak stabil, maka kesan untuk industri pertanian juga akan turut terjejas. 

Paling teruk ialah pesawah, kerana sawah perlukan air yang bertakung dalam kuantiti yang tertentu. Kalau kurang atau lebih, padi takkan menjadi atau ianya rosak. Disebabkan itu Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dato Sri Ismail Sabri menyuruh agensi kerajaan yang berkaitan dengan pertanian membuat persediaan secukupnya bagi menghadapi El-Nino, untuk memastikan petani dan pesawah tidak terjejas aktiviti pertanian mereka. 

Ismail Sabri akui, jika tidak bertindak cepat kemungkinan El-Nino akan menyebabkan sawah jadi kering dan menjejaskan penanaman padi oleh pesawah. Selamatlah Kedah ni banyak simpanan air. Boleh tahan bertahun-tahun juga la. Kalau Selangor macam mana ya? Untuk kegunaan orang ramai dan perkilangan pun belum tentu ckup, macam mana pulak untuk pertanian?? Hmm.. tak dapat dibayangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...