Khamis, 15 Mei 2014

@Ismailsabri60 #DSIS @Moa_gov Menyerahkan Cek RM50.000 Kepada Setiap Pengerusi (MPPP) @NajibRazak






Satu majlis Perjumpaan bersama  sama Pengerusi Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) yang dianjurkan di Dewan Wisma Tani Putrajaya. Disamping itu juga pihak Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani telah menyerahkan Cek sebanyak RM 50.000 bagi setiap pengerusi yang terlibat dalam program MPPP ini.

Peranan Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) adalah seperti berikut:

Memaklumkan kepada semua pihak berkepentingan dalam kawasan pertanian tentang program program pertanian yang dilaksanakan di kawasan parlimen masing masing.

Mendapatkan idea idea baru berhubung dengan projek projek tanaman, perikanan, dan industri asas tani yang boleh dilaksanakan dikawasan parlimen dengan mengambil kira sumber sumber yang sedia ada.

Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah di peringkat pelaksanaan projek- projek tanaman, perikanan, ternakan dan industri asas tani dengan lebih cepat dan berkesan.

Melaporkan dengan kadar segera perkembangan projek kepada pihak kementerian.

Membantu semua  Jabatan / Agensi agensi dibawah pemantauan MOA dan pelaksanaan projek projek pertanian, perikanan, ternakan serta industri asas tani di kawasan parlimen masing masing.

OBJEKTIF PENUBUHAN MPPP_MOAinc

1. Menyelaraskan pembangunan dan perlaksanaan projek pertanian.

2. Membantu dan memastikan perlaksanaan projek selari dengan perancangan bagi mencapai sasaran.

3. Memastikan tiada bertindih daalam pelaksanaan projek dan tiada penyelewengan dalam pemberian bantuan.

4. Mengenal pasti serta menyelesaikan masalah dan isu isu yang berbangkit bagi sektor pertanian di dalam Kawasan Parlimen yang terlibat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...