Jumaat, 9 Mei 2014

Tuduhan Blogger Terhadap @TengkuAdnanReal Sebagai Seorang Penyamun Adalah Tidak Benar @NajibRazak

Tuduhan tuduhan blogger terhadap Ahli Parlimen Putrajaya sebagai penyamun adalah tidak benar. Kenyataannya para blogger haruslah mengenali beliau dahulu dengan lebih rapat. Saya mengenali Tengku Adnan  sejak daripada tahun 2004 beliau menjadi ahli Parlimen Putrajaya dan beliau telah banyak membantu warga Putrajaya yang menghadapi berbagai bagai masalah dan kesusahan.

Sebelum dari 2004 lagi saya mengenali beliau dan beliau adalah seorang bisnesman yang berjaya dan mempunyai kemewahan yang berlipat lipat ganda. Beliau adalah seorang yang peramah, pemuruh hati dan seorang yang baik hati. Kebanyakan ramai juga warga Putrajaya yang benar benar mengenali Datuk Seri Tengku Adnan ahli Parlimen Putrajaya sememangnya beliau adalah seorang bisnesman yang berjaya dan dengan kekayaan yang beliau ada beliau telah banyak bersedekah dan berkongsikan kekayaan beliau bersama penduduk di Putrajaya sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen Putrajaya sehingga kini.

Datuk Seri Tengku Adnan telah banyak membantu warga Putrajaya seperti cawangan cawangan UMNO dalam Putrajaya dengan pembelian khemah untuk setiap cawangan, penghawa dingin, Karpet surau dan sebagai untuk kesenangan warga Putrajaya yang tinggal di dalam blok blok kuaters di Putrajaya. Pembelian barang barang peralatan tersebut beliau telah mengunakan duit poket beliau sendiri diatas kejayaan beliau dalam menguruskan bisnes beliau dan hasilnya beliau dapat berkongsikan bersama penduduk Putrajaya dengan kemewahan beliau.

Dan mungkin juga beliau dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda diatas ketulusan beliau membantu warga Putrajaya yang mengalami kesusahan dengan adanya sikap pemuruh hati dan kekayaan beliau miliki, beliau juga tidak pernah lupa serta tertinggal untuk beramal soleh dan bersedekah kepada penduduk Putrajaya dengan membuat pelbagai bagai program yang diadakan setiap tahun seperti majlis berbuka puasa selama sebulan hanya untuk warga Putrajaya dan semua perkerja di dalam Putrajaya yang tak sempat pulang kerumah disebabkan tugasan tugasan yang perlu diselesaikan.

Dengan ini segala tuduhan blogger terhadap Datuk Tengku Adnan sebagai penyamun adalah tidak benar, dan dengan kenyataan beliau telah memiliki sebuah jet peribadi untuk ke umrah adalah untuk memudahkan beliau pergi dan balik dengan cepat. Disebabkan beliau kesuntukan masa dimana disitulah beliau harus mengerjakan Umrah untuk mendapat kereadahan Allah SWT segala amal ibadat yang dilakukan dan disitu juga beliau juga terpaksa berkejar balik ke Putrajaya untuk menjaga warga Putrajaya dan Wilayah Persekutuan kerana itu adalah kerana tanggungjawab beliau sebagai seorang Ahli Parlimen Putrajaya dan sebagai Menteri Wilayah.

Kenyataan yang mengatakan beliau mempunyai jet peribadi rasanya semua warga Putrajaya telah pun mendengari sejak dari tahun 2004 lagi cuma tidak dapat dipastikan sama ada jet peribadi itu adalah milik beliau atau beliau sewa daripada pihak pihak tertentu. Kalau dikata beliau mempunyai jet peribadi sekali pun kami di Putrajaya amatlah bangga kerana dengan ada nya sebuah jet peribadi miliki beliau sebarang tugasan beliau menjaga Ahli UMNO Putrajaya dan warga Putrajaya tidak lah pernah terabai.

Kepada semua sahabat saya para para blogger sekalian hentikanlah persengketaan sesama kita. Dengan ini diharap hasil nukilan dan tulisan saya tidak menjadi kemarahan dan dendam kepada semua para blogger. Marilah kita bersama sama memperjuangkan dengan matlamat yang satu. Sekali lagi saya mohon ampun dan maaf yang buruknya datang dari saya yang baik nya datang dari Allah SWT.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...