Rabu, 1 Mei 2013

Husam Menangis Lagi Kambing Jamnapari Kena Panggang Oleh @TengkuAdnanReal Lari Balik Kelantan

HUSAM MENANGIS ORANG PUTRAJAYA 
BUAT TAK TAHU


Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas pakatan pembangkang khususnya Pas yang cenderung menggunakan taktik negatif dengan menyebarkan dakyah, fitnah dan cerita-cerita bohong kepada masyarakat. Terbaru, Tengku Adnan yang juga calon di P.125 Putrajaya telah dikatakan akan berdebat dengan calon Pas di kawasan terbabit iaitu Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa. 

“Yang menawarkan diri dan membuat cabaran untuk berdebat dengan Husam ialah kickdefella, bukan saya. Saya pun tidak berminat nak berdebat dengan oarng yang tidak tahu sejarah Putrajaya, tidak tahu apa yang berlaku di Putrajaya dan kenapa Putrajaya dibangunkan lagi pun apa yang kita laksanakan selama ini, dia tak tahu. “Suruh dia jaga Salor saja,” bidasnya kepada Husam yang turut bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor, Kelantan.

Dia guna taktik kotor nak calit dakwat pada pengundi saya & tawarkan duit. Kata parti Islam tapi kenapa buat mcm ini. Poster dan banner saya juga jadi bahan fitnah mereka untuk wujudkan sentimen negatif tentang BN sedangkan BN tak pernah gunapakai gambar orang macam itu. Semua itu finah dari parti yang menggunakan nama Islam sedangkan orang Islam tak buat begini. Tolak mereka yang persenda agama.



Isnin lalu, penulis laman blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz telah mencabar Husam berdebat dan membuat ujian poligraf bagi membuktikan apa yang didedahkan dalam buku KenaliHusam: Politik Wang dan Kronisme adalah tidak benar “Nak berdialog dengan saya pasal apa, saya pun tak faham. Tidak ada masalah di Putrajaya kerana kita selesaikan masalah cara kita. Tiap-tiap hari kita selesaikan masalah puluhan warga Putrajaya.” Beliau juga mendapat laporan jentera pembangkang di Putrajaya telah bergerak dalam kumpulan seramai lapan orang dan berjumpa pengundi-pengundi tempatan atas alasan untuk melakukan soal selidik.

“Rupanya mereka ini nak calitkan dakwat kononnya untuk menyenangkan pengundi yang akan pergi mengundi. Ini taktik-taktik kotor pembangkang sedangkan mereka parti Islam. Orang Islam tidak buat begini,” tegasnya. Terangnya, terdapat laporan bahawa jentera pembangkang mula memberi duit kepada pengundi-pengundi sebanyak RM500. 

“Kita telah minta pengundi-pengundi yang terbabit untuk membuat laporan polis. Mereka kata Kata parti Islam, kata ikut agama Islam tetapi kenapa buat ini semua? “Saya pun hairan nak lakukan perkara-perkara yang buruk terhadap saya dan poster-poster saya kononnya 1Malaysia, kemudian letak gambar warga Bangladesh berkahwin dengan orang Melayu yang dibuat untuk menaikkan satu sentimen yang tidak baik sedangkan kita di Putrajaya ini hidup aman, sejahtera dan sentosa.

“Rakyat Malaysia suka kepada keamanan sedangkan puak-puak ini suka kepada huru-hara,” bidasnya lagi. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Ramah Mesra bersama pengundi India di Pusat Daeah Mengundi (PDM) Saujana Hijau, malam tadi. Saya bersyukur kerana saya mendapat sokongan dari pengundi dan warga Putrajaya yang sememangnya kenal saya siapa. 

Sepanjang masa berkempen macam-macam org yang saya jumpa tapi apa yg saya kesalkan sikap puak-puak sana yang lebih suka fitnah, tipu dan sebar dakyah tak betul tentang saya. Saya tak pernah layan untuk berdebat dan yang cabar calon sana ialah Kickdefella. Berdebatlah dengan dia lagi pun saya tak ada masa nak layan org yang tak tahu apa-apa tentang Putrajaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...