Jumaat, 3 Mei 2013

Bongkar Penipuan Husam Musa Di Putrajaya Kini Bermula Pengundi Putrajaya #TolakHusam Part1 @Tengkuadnanreal @Tunfaisal

Husam tidak muncul dalam ujian poligraf akibat takut pengundi Putrajaya tahu tentang pembohongan Husam 

Turut hadir di situ ialah
 Exco Pemuda UMNO Malaysia,Tun Faisal Ismail Aziz.

Pada Ahad lalu, selain mencabar Husam menjalani ujian poligraf, Kickdafella juga cabar Husa, buat laporan polis mengenai isi kandungan "Kenali Husam: Politik Wang dan Kronisme" yang katanya memang benar. 

"Saya hadir hari ini untuk menemani Husam menjalani ujian poligraf untuk menentukan siapa yang berbohong dalam isu yang saya timbulkan Ahad lalu. “Saya difahamkan semasa saya membuat sidang media pada Ahad lalu, Husam telah bersumpah di program karnival kanak-kanak. Nak sumpah tak payahlah depan kanak-kanak. 

Nak sumpah biarlah depan orang dewasa atau media. “Ujian poligraf ini adalah ujian saintifik yang digunapakai di peringkat antarbangsa dan diguna sebagai salah satu bukti yang dibawa ke mahkamah. Inilah platform Husam untuk melenyapkan sebarang kecurigaan rakyat terhadapnya. “Memang betul lah Husam ini amalkan politik kura-kura. Dia akan menyembunyikan kepalanya bila ada masalah” katanya. 

Menurut Kickdafella Husam cuba mengelak cabaran yang dilontarkannya itu dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lain. “Dia minta saya jawab kes mahkamah dahulu. Memang Husam ada saman saya dalam dua kes dan satu daripadanya dalam perbicaraan. Tetapi dia sudah empat kali tangguhkan kes itu. 

“Kali pertama kes itu patut dibicarakan di Kuantan pada 19 Disember tahun lalu tetapi ditangguhkan kepada 19 Disember kerana Husam beri alasan kena balik Kelantan. Kali kedua pada 28 Februari dia bagi alasan mahu tambah peguam. Pada 4 Mac pula dia bagi sijil sakit. 

Seorang wartawan media elektronik telah menawarkan diri mencubanya sementara yang lain memerhati dengan penuh minat

Hari ini (2Mei) ia patut dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuantan tetapi dia minta tangguh lagi. “Pada masa sama dia menangguhkan kes itu, dia saman saya lagi berkaitan kenyataan saya mengenai aktivitinya dalam dinar emas. 

Saya nak beritahu Husam, saya komited dengan kes ini. Dia tak perlu risau. Yang perlu dirisau ialah sama ada dia sendiri dapat hadir ke tidak.” Memandangkan Kickdafella sudah membawa seorang pakar poligraf, kesempatan itu digunakan untuk membuat demonstrasi kepada media bagaimana ia dilakukan. 

Kickdafella pada satu sidang media telah cabar Datuk Husam Musa untuk jalani ujian poligraf bersamanya untuk buktikan siapa yang berbohong dalam beberapa isu yang berkait dengan Naib Presiden PAS itu. Maka pada Khamis, Kickdafella bersama sekumpulan wartawan menunggu di Kelab Tasik Putrajaya, tetapi Husam langsung tak muncul untuk menyahut cabaran itu. Kickdafella sudah siap bawa seorang pakar poligraf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...