Sabtu, 10 Mac 2012

Tindakan Perdana Menteri Memansuhkan SBPA Adalah Yang Terbaik Untuk Kakitangan Awam @NajibRazak



Tindakan kerajaan membatalkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bukan disebabkan kegagalan kerajaan melaksanakan sesuatu dasar seperti yang didakwa pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Timbalan Perdana Menteri berkata sebaliknya pembatalan itu dibuat selepas kajian mendapati skim itu tidak memenuhi tuntutan bagi meningkatkan gaji dan kemudahan lain untuk penjawat awam.


"Semasa kita mahu kemukakan SBPA itu, rupa-rupanya ada perkara-perkara yang tidak kita ketahui di peringkat awal dan bila diperincikan satu persatu, pihak perkhidmatan awam yang diwakili Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam memberikan pandangan bahawa apa yang diusulkan (dalam SBPA) tidak dapat memenuhi tuntutan mereka. 

"Perkara itu (skim SBPA) belum kita laksanakan kerana kita baru kemukakan tawaran, jadi perkara ini kita kaji balik kerana kita responsif kepada pandangan pegawai-pegawai awam," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan guru-guru agama, guru-guru takmir, ahli jawatankuasa masjid dan pemimpin-pemimpin masyarakat Kuala Pilah di Johol di sini hari ini sempena lawatan kerja seharinya ke Negeri Sembilan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...