Sabtu, 10 Mac 2012

Pulau Pinang Dah Jadi Sarang Edar China DoLL....!! Congratulations DAP


Tahniah kerajaan DAP yang didakwa PAS sebagai kerajaan khalifah Umar Abd Aziz . Terus menjadikan P.Pinang sebagai destinasi utama buat China Doll dan Vietnam Doll mencari rezeki . 

Kalau tak kerana banyak lesen diluluskan oleh kerajaan DAP , tak mungkin begitu ramai China Doll ini datang ke P.Pinang . Taktik Jabatan Imigresen menggunakan motosikal bagi mengelak dikesan tonto berjaya membuahkan hasil apabila seramai 44 gadis pelayan pelanggan (GRO) diberkas dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Perai Tengah malam tadi. 


Kesemua GRO yang ditahan itu terdiri daripada 16 warga China manakala selebihnya warga Vietnam berusia awal 20-an hingga 30-an. Siasatan turut mendapati 22 daripada GRO terbabit menyalahgunakan pas lawatan sosial, tiada dokumen perjalanan sah (17) dan tiga lagi mengaku isteri kepada rakyat tempatan. 

Dua lagi yang ditahan didapati menyalahgunakan pas pelajar dan mempunyai slip Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/PATI (6P). Menurut Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (1) Pulau Pinang, Abdul Rahman Hassan, operasi dijalankan pihaknya sebelum ini sering gagal apabila tonto di luar premis itu sering menyalurkan maklumat kepada pemilik pusat terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...