Sabtu, 10 Mac 2012

Puak Pembangkang Gentar Kakitangan Awam Mula Memberi Sokongan Terhadap Perdana Menteri @NajibRazak

Pembangkang hanya tahu menfitnah perdana menteri tentang kegagalan SBPA dari segi kajian sektor awam tindakan Perdana Menteri itu adalah yang terbaik untuk mempertahankan  gaji kakitangan awam dari segi sektor awam di tindas.




Pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diumumkan semalam, menunjukkan kegagalan transformasi yang diuar-uarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga terpaksa kembali kepada sistem lama, Sistem Saraan Malaysia (SSM). Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa SBPA diwujudkan secara tergopoh-gapah sebagai reaksi segera Najib kepada janji Pakatan Rakyat (PR) dalam Buku Jingga.

“Isu SPBA diwujudkan secara gopoh-gapah sebagai reaksi segera PM kepada janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga. “Bahkan pemerhatian umum yang dilakukan terhadap banyak perkara yang dikatakan transformasi kerajaan hanyalah berkisar di sekitar Buku Jingga PR,” kata beliaau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. 

Katanya, tindakan ini dibuat tanpa perancangan teliti, kajian mendalam dan sikap mengetepikan pandangan kesatuan sekerja serta badan berkaitan sehingga kerajaan akhirnya berhadapan bantahan umum kakitangan dan kini terpaksa menarik balik kenyataan lalu kembali kepada sistem lama. 


Semalam, Najib mengumumkan pemansuhan skim gaji kakitangan kerajaan SBPA dan pelarasan gaji yang berkuat kuasa 1 Januari lalu akan dibayar mulai bulan ini atau April. 

Beliau turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara. Sementara itu, Tuan Ibrahim juga berkata, pemerhatian umum yang dilakukan terhadap beberapa perkara mengenai transformasi kerajaan hanyalah berkisar di sekitar Buku Jingga PR. 

“Lihat sahaja apa yang berlaku terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH), pengambilalihan aset Felda Plantation dan Koperasi Permodalan Felda oleh syarikat berhutang sebagai modal penyenaraian, kini terpaksa berhadapan pelbagai bantahan daripada peneroka serta kakitangan Felda yang tidak bersetuju. Berikutan kegagalan mengawal harga barangan pengguna, kerajaan sekadar mampu mewujudkan kedai-kedai 1Malaysia yang disubsidikan duit berjuta ringgit untuk menjual barang pada harga yang lebih rendah,” katanya. 

Tuan Ibrahim menambah, tugas kerajaan bukan mewujudkan kedai murah sedangkan pekedai lain terpaksa bersaing dengan kedai kerajaan. Katanya, perkara ini sangat tidak adil bagi peniaga dan rakyat yang jauh dari kedai 1Malaysia, yang terpaksa membeli dengan harga lebih mahal. “Ini juga membuktikan kegagalan Najib dan kerajaan sekali lagi menggunakan cara tidak munasabah untuk mengawal harga barangan kepada pengguna.“Sedangkan, isu SPBA berkait rapat dengan janji PR kepada kakitangan awam dan skim gaji minimum yang dijanjikan dalam belanjawan alternatif 2012 PR,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...