Ahad, 29 Januari 2012

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang Berhasrat Tidak Mahu Bertanding Pada Pilihan Raya Umum Ke-13


Hasrat Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding pada pilihan raya umum ke-13 akan datang menunjukkan sesuatu yang tidak kena dalam parti itu, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussein. 

Beliau berkata, kenyataan terbuka presiden parti itu adalah sesuatu yang amat luar biasa sebagai petanda bahawa Pas kini berada dalam kancah pergolakan. "Mungkin ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam parti itu menyebabkan Presiden sebuah parti sanggup menyatakan pendirian terbuka untuk tidak bertanding dalam pilihan raya," katanya. 


Beliau ditemui pemberita selepas meyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman kerjasama pemasaran antara syarikat AFPM Lifestyle Sdn Bhd dengan Jalinan Prospek (M) Bhd di sini, hari ini. Syarikat AFM Lifestyle diwakili oleh Pengarah urusannya, Agil Faisal Ahmad Fadzil, manakala Jalinan Prospek diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haliza Mahidi. 

Awang Adek berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Abdul Hadi antaranya berkata keputusan beliau itu dibuat memandangkan khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama sebagai wakil rakyat, iaitu lebih 30 tahun lepas. Beliau berkata dengan kenyataan Abdul Hadi itu, Pas tidak boleh bersembunyi dengan pergolakan yang berlaku memberi kesan kepada pemimpin tertinggi parti itu. 

"Sebagai parti yang besar, kenyataan itu amat luar biasa, ini mungkin kesan konflik yang berlaku dalam Pas, termasuk isu pemecatan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali," katanya. "Situasi ini juga mungkin memberi tamparan hebat kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang sepatutnya membuat keputusan seperti itu memandangkan beliau telah uzur dan sudah lama sebagai Menteri Besar Kelantan," katanya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...