Sabtu, 7 Januari 2012

Perbezaan Menteri Menteri Dan Pegawai Atasan Seperti KSN , KSU Dan Ketua Pengarah


Menteri Menteri di lantik berdasarkan atas sokongan rakyat


Pegawai Takbir & Diplomatik Dilantik Atas Kelayakan Dan Pretasi Kerja

Kekeliruan yang berlaku antara Pegawai Atasan Dan Menteri Menteri ialah sistem pergaulan antara kakitangan sokongan bawahan. Apa yang berlaku sekarang ni ialah kakitangan sokongan inginkan Pegawai Atasan bersifat lebih bermesra rakyat yang seperti mana Menteri Menteri sering lakukan kepada staf bawahan.


Memang pada dasarnya Menteri Menteri ini telah terbiasa dengan berjiwa rakyat dan sering mendapat pujian di kalangan Kakitangan Bawahan beliau. Tak di nafikan juga Menteri Menteri sering menjaga kebajikan kakitangan bawahan beliau dan sering mengambil tahu tentang permasalahan dengan kakitangan bawahan beliau sendiri.

Dan lain pula yang berlaku antara Pegawai Atasan dengan kakitangan bawahan sokongan antaranya  kakitangan bawahan sering saja dijadikan bahan untuk melepaskan kemarahan dan sering saja dipersalahkan oleh pihak atasan seperti Ketua Pengarah , KSU dan sebagainya. Kakitangan bawahan sering saja menyalahkan Kerajaan dan menyatakan Kerajaan zalim. Ini tidak benar sama sekali kakitangan awam harus tahu apa perbezaan antara pegawai atasan dan menteri menteri.

Sebenarnya Pegawai Atasan juga  mempunyai hati perasaan macam rakyat biasa juga dan mereka ini telah terikat dengan perjanjian perjanjian dan undang undang yang telah ditetapkan kepada mereka. Ramai kakitangan bawahan tidak tahu apa yang tersirat dan apa yang tersurat yang telah ditandatangi oleh pegawai atasan. Dengan ini pegawai atasan haruslah bersikap GIVE AND TAKE kepada kakitangan bawahan.

Dan tak dinafikan juga ada di kalangan kakitangan bawahan suka mengambil kesempatan kepada Pegawai Atasan apabila seseorang pegawai atasan itu berhati mulia dan baik hati. Sikap ini akan menyebabkan hilang rasa hormat kepada pegawai atasan tersebut kepada pegawai pegawai atasan yang lain.

Selain itu juga lebih 1.4 juta kakitangan awam haruslah sedar bahawasanya Kerajaan Malaysia yang di Ketuai Oleh Perdana Menteri  iaitu Dato Seri Najib Tun Razak sendiri sangat jujur dan iklas dalam melaksanakan tugas. Dan kakitangan  awam haruslah berbangga dengan apa insentif insentif yang di beri oleh Perdana Menteri baru baru ini. Dan rakyat juga haruslah berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana banyak faedah faedah yang diberikan kepada rakyat selama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...