Sabtu, 7 Januari 2012

Bekas Polis Di Zaman Darurat Terima Saguhati RM3,000 Pada Sabtu Ini


KENYATAAN MEDIA Y.BHG. TAN SRI MAHMOOD ADAM KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI SAGUHATI RM3,000 UNTUK BEKAS POLIS DARURAT KINI SEDIA UNTUK PEMBAYARAN 7 JANUARI 2012 (SABTU) 

1. Pembayaran saguhati khas RM3,000 seperti diumumkan YAB Perdana Menteri ketika pembentangan Bajet 2012 kepada lebih 70,000 bekas anggota polis darurat antara 1948 hingga 1962 di Semenanjung dan 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak kini telah sedia untuk dilaksanakan dan permohonan bagi mereka yang layak boleh dibuat dengan menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN). 

2. Pembayaran ini akan dibuat kepada bekas anggota pasukan Special Constabulary (SC), Home Guard (HG), Auxiliary Police (AP), Extra Police Constable (EPC), Border Scout (BS), Jungle Scout /Squad (JS), Police Field Force Reservist (PFFR) dan Sarawak Constabulary (SWC). 

3. Bagi anggota yang telah meninggal dunia, balu atau duda masing-masing layak memohon sebagai waris pengganti. Bagaimanapun, permohonan perlu disertakan dengan borang akuan status pemohon yang disahkan ketua kampung atau ketua polis di balai terdekat. 

4. Sehubungan itu, mereka yang layak boleh mengemukakan tuntutan dan permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang dari laman sesawang www.moha.gov.my atau dengan menghubungi Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis dan Penjara (HP) di talian (03) 8886 8583, 8886 8193, 8886 8584 atau 8886 8000.

Posted by tunfaisal.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...