Rabu, 7 Disember 2011

Malaysia Pertama Kali Guna Dakwat Untuk PRU-13


Buat pertama kali dakwat kekal akan digunakan sepenuhnya dalam proses pengundian PRU-13 yang akan datang.

SPR hari ini mengambil langkah melaksanakan keputusan Jabatan Peguam Negara bagi mengelakan pertikaian undang undang pada masa hadapan.


Selain dakwat kekal, sembilan lagi cadangan yang diluluskan seperti pengundian awal, pengundi di luar negeri, luar kawasan dan sebagainya.

Sehubungan itu pembangkang membuat tuduhan termasuk membuat perhimpunan haram atas alasan SPR dan kerajaan kononnya terbabit dalam penipuan ketika pilihan raya diadakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...