Memaparkan catatan dengan label Tipu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tipu. Papar semua catatan

Khamis, 22 Mac 2012

Pelayar Siber Mudah Jadi Mangsa Penipuan Jika Dedah Maklumat Peribadi


Sikap pengguna internet yang kurang berhati-hati, tamak, mudah percaya terhadap apa yang dipaparkan di internet serta suka memaparkan segala maklumat peribadi dan rahsia diri di laman sosial antara faktor menyebabkan kes penipuan siber terus meningkat di negara ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt Kol (B) Datuk Husin Jazri, berkata alam siber kini membuka ruang besar kepada penjenayah kerana capaian internet yang luas dan melepasi sempadan. Jika dulu serangan komputer membabitkan aspek teknikal seperti serangan virus, tetapi kebanyakan serangan komputer sekarang babitkan manusia yang manipulasi elemen tamak, kurang kesedaran, takut dan mudah percaya. 

Husin Jazri, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Katanya, kajian pihaknya baru-baru ini mendapati daripada lima e-mel yang diterima oleh seseorang individu di negara ini, satu daripadanya berpotensi mempunyai unsur penipuan. Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna internet supaya bersikap kritikal terhadap apa saja yang diterima menerusi e-mel atau dipaparkan dalam siber. 

Jumaat, 17 Februari 2012

Seorang Peneroka Warga Emas Ditipu Oleh Janda


Tangisan simpati dan pujuk rayu seorang janda mencairkan hati seorang peneroka warga emas bergelar datuk yang mengeluarkan wang simpanannya dalam Tabung Haji sebanyak RM5,000 untuk dipinjamkan kepada wanita itu sebelum menyedari dia ditipu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Haron, 70, berkata dia kecewa kerana kelicikan janda beranak satu itu menyebabkan perancangannya untuk menunaikan haji tahun depan musnah. 

Haron yang berasal dari Felda Bukit Sagu, di sini, berkata dia berkenalan dengan ibu tunggal berusia 30 tahun itu di sebuah perhentian bas di Jalan Bukit Ubi, di sini, seminggu lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...