Tiga lelaki diberkas polis Miri awal pagi semalam kerana memeras ugut seorang lelaki yang dipercayai telah meniduri teman wanita salah seorang suspek, malam Sabtu lalu.
Untuk menebus kesalahan pengadu, suspek meminta dia membayar sejumlah wang yang perlu dijelaskan pada 8 Februari ini.
Sekiranya pengadu gagal membayar sejumlah wang yang diminta itu, jumlah tersebut akan naik sebanyak 10 peratus setiap hari.
“Kesahihan dakwaan dan punca ugutan tersebut bermula masih lagi dalam siasatan polis,” jelas Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supritenden Ismail Idris ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

