Ahad, 22 November 2015

Transformasi Dalam Kerajaan Pihak JPA Harus Melaksanakan Dengan Kadar Segera @DrAliHamsa @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Transformasi dalam kerajaan telah dimulakan secara perintis oleh dua jabatan besar iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan

Setiap kementerian dan agensi kerajaan perlu merancang program transformasi masing-masing menjelang akhir tahun ini, bagi menambah baik mutu perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa pada masa sama, berharap lebih banyak lagi cadangan baharu serta penambahbaikan akan dibuat. "Transformasi dalam kerajaan telah dimulakan secara perintis oleh dua jabatan besar iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan dan dilihat banyak penambahbaikan dilakukan," katanya dalam rancangan Bual Bicara Bernama TV, di sini malam tadi. 

Beliau percaya program transformasi yang dilaksanakan akan memberi penjimatan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi keperluan penjawat awam di sektor yang lebih diperlukan. "Kita lihat terdapat beberapa tugas yang kurang relevan dan mungkin kita perlu meletakkan semula penjawat awam di tempat lebih diperlukan, dan itu sedang kita laksanakan," katanya. Mengulas mengenai integriti penjawat awam, Tan Sri juga tidak menafikan terdapat isu berkaitan salah laku seperti rasuah memandangkan kakitangan sektor awam mencecah 1.61 juta orang, namun perlu sentiasa ada tindakan untuk menanganinya.


"Bukan senang hendak kawal, tetapi usaha diambil untuk memberi pengetahuan mengenai integriti cara tadbir urus dan sebagainya semasa menjalankan tugas," katanya. Selain itu, beliau berkata kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga dipergiatkan bagi membendung masalah tersebut. Ketika menjawab pertanyaan seorang pemanggil yang meminta penjelasan berhubung peranan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan di dalam agensi kerajaan, beliau berkata ia berfungsi sebagai badan pengawas untuk memantau aktiviti tidak sihat dalam kalangan penjawat awam. "Semua agensi perlu dipantau supaya berjalan dengan lancar, tidak ada masalah. Suruhanjaya itu boleh melihat jika terdapat kelemahan yang boleh ditambah baik," katanya. 

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri turut berkata Ketua-Ketua Perkhidmatan Awam Asean akan menyerahkan deklarasi bersama Putrajaya hasil pemukiman yang diadakan pada 17 November lepas, di Cyberjaya. Pemukiman itu merupakan inisiatif oleh perkhidmatan awam Malaysia sempena peranan Malaysia sebagai Pengerusi Asean 2015, di mana sebanyak tiga program khas diadakan kepada perkhidmatan awam Asean dari 16 hingga 19 November lepas. "Pertama ialah pemukiman Ketua-Ketua Perkhidmatan Awam Asean, Sukan Perkhidmatan Awam dan Persidangan Inovasi Perkhidmatan Awam Asean," katanya.

Tan Sri Ali Hamsa juga turut hadir ke deklaras sidang kemuncak Asean  yang dijadual untuk diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) esok. Deklarasi bersama itu memfokuskan enam perkara utama - Tadbir Urus Baik dan Integriti; Kerjasama Teknikal; Reformasi Sektor Awam dan Penyampaian Perkhidmatan; Amalan Baik Kawalselia; Kecekapan, Akauntabiliti dan Tatacara Keterlibatan; serta Jaringan Antarabangsa, Perkongsian dan Persidangan Asean mengenai Keutamaan Perkara-Perkara Perkhidmatan Awam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...