Jumaat, 13 November 2015

SAD BUT TRUE @DrAliHamsa @NajibRazak @zahid_hamidi


Selama ini pihak Penjawat Awam Kumpulan Profesional dari golongan Gred PTD tidak akan pernah ingin mendengar pendapat dan idea dari kakitangan bawahan iaitu dari kumpulan sokongan ini kerana mereka menggangap kakitangan kumpulan sokongan hanya sekadar org bawahan sahaja.

Kerajaan harus mencari satu kaedah bagaimana melahirkan ramai penjawat awam yang mempunyai sifat keperihatinan terhadap penjawat awam yang mempunyai masalah supaya ia tidak lagi menjadi kudis yang bernanah dalam sektor kerajaan. Sebagai contoh ada pemandu yang jabatan tidak menyediakan kenderaan untuk beliau bertugas dan pegawai tersebut sering menindas supaya hadir ke pejabat untuk dihina dan dicaci adakah itu satu sikap penjawat awam?.. Tetapi ini benar benar berlaku pada jabatan kerajaan pada masa kini. Pihak atasan harus melihat pekara ini dengan lebih teliti dan dapat ditangani kerana ada pegawai lebih kuah daripada sudu.

KANGAR – Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man menyarankan ketua-ketua jabatan di Perlis lebih kerap berbincang dengan kakitangan bawahan untuk mencari jalan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja.  
Menurutnya, sikap segelintir ketua jabatan enggan mendengar pandangan dan cadangan ‘anak-anak buah’ kerana memikirkan mereka lebih mengetahui segalanya hendaklah dikikis. “Kita perlu ingat idea dan pandangan kakitangan bawahan kadangkala lebih bernas yang tidak pernah terfikir oleh ketua-ketua jabatan dan sebab itu tidak penting untuk berbincang pegawai bawahan,” kata Azlan.  
Beliau berucap pada perhimpunan bulanan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan persekutuan bagi bulan November di Dewan Warisan di sini, hari ini. Teks ucapan Menteri Besar itu dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Ahmad Bakri Ali. Perhimpunan itu dihoskan oleh Jabatan Pertanian Perlis. Beliau mengingatkan setiap kakitangan perkhidmatan awam memahami peranan dan tugas mereka untuk memberi perkhidmatan terbaik yang memenuhi harapan rakyat.  
Sehubungan itu Azlan berkata kerajaan negeri memasukkan aspek kualiti kerja kakitangan awam sebagai salah satu indikator untuk mengukur pencapaian wawasan Perlis Negeri Maju. “Justeru setiap kakitangan awam khususnya ketua jabatan hendaklah lebih kreatif serta memastikan tugas mereka berjalan lancar,” katanya. 
Sebelum itu Pengarah Jabatan Pertanian Perlis, Zulkepli Amin Mat Jusoh ketika menyampaikan ucapan aluannya meminta semua jabatan kerajaan bekerjasama untuk mencapai hasrat meningkatkan taraf hidup masyarakat petani di negeri ini. Katanya antara tumpuan jabatan itu ialah menggalakkan rakyat menanam mempelam harumanis termasuk di belakang rumah kerana mendapat permintaan tinggi walaupun harganya agak mahal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...