Isnin, 2 November 2015

Keputusan KPPA Memberhentikan Pegawai Kerajaan Mungkin Akan Menjatuhkan Kepimpinan PM @NajibRazak @DrAliHamsa


Baru baru Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ,Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal telah memperkenalkan satu mekanisme baharu “iaitu Dasar pemisah atau dikenali Exit Policy”  yang akan mengakibatkan ramai pegawai kerajaan dari sektor penjawat awam yang mendapat pretasi rendah dari golongan penjawat awam kakitangan bawahan menjadi mangsa tekanan untuk menindas penjawat awam bawahan supaya penjawat awam tersebut boleh dibuang kerja tampa rasa sempati dan belas kasihan. Dan seharusnya sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam seharusnya melihat semula serta mengkaji tindakan tindakan yang hendak dilakukan supaya semua tindakan tidak menjadi kemarahan kepada pegawai kerajaan setelah mereka tidak lagi berkhidmat sebagai penjawat awam kakitangan kerajaan.

Sebagai penjawat awam kakitangan kerajaan yang berpangkat rendah seperti Kerani, Pembantu Am Rendah dan juga Pemandu mereka tahu bahawa mereka akan dinilai oleh pegawai pegawai atasan yang mungkin mempunyai sifat yang ketidakpuasan hati atau sifat busut hati terhadap pegawai (dengan niat untuk memberhentikan pegawai tersebut) atau dengan sengaja menberhentikan pegawai tersebut memberi pelbagai alasan untuk memberhentikan pegawai tersebut dan mereka menilai penjawat awam tersebut dengan markah yang lebih rendah.

Pekara ini telah banyak berlaku dikalangan penjawat awam bawahan di mana mereka dinilai tidak lebihi dari 65%, dan pekara ini ternyata berlaku dikalangan penjawat awam bawahan, yang mana ada dikalangan mereka mula merasa kecewa apabila mereka telah berkhidmat dengan kerajaan lebih 15 tahun tampa mendapat sebarang anugerah atau sebarang penghargaan dari pihak kerajaan serta pegawai atasan  di sepanjang mereka berkhidmat dalam sektor kerajaan. Ini adalah sifat DIKTATOR yang di tunjukan oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sepertimana yang sering dilaungkan oleh Tan Sri Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara yang ingin “Merakyatkan Perkhidmatan Awam” .



Sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, ramai penjawat awam bawahan yang ingin bertanyakan pelbagai soalan apakah definasi serta guard line untuk seseorang penjawat awam bawahan boleh dikenakan tindakan diberhentikan kerja.

            SOALAN
  1. Siapakah yang harus berada didalam komuniti mesyuarat bagi memastikan seseorang penjawat itu benar benar bersalah dan boleh diambil tindakan dibuang kerja dan adakah dikalangan pegawai  pegawai atasan sahaja yang dilantik menjadi komuniti mesyuarat tersebut?
  2. Dan jika Pegawai Kanan Kerajaan siapakah yang harus dipertanggungjawabkan untuk menilai mereka adakah dikalangan pegawai pegawai bawahan mereka sahaja akan menilai tugas tugasan mereka?
  3. Sebelum Pegawai kerajaan dianbil tindakan diberhentikan kerja adakah pihak Jabatan Perkhidmatan Awam mempunyai sekumpulan siasatan khas iaitu team khas untuk menyiasat individu tersebut supaya beliau benar benar didapati bersalah atau sekadar hanya mendapat laporan penilaian dari pihak agensi agensi kerajaan terus diberhentikan sahaja?
  4. Dan adakah pegawai atasan akan melibatkan pegawai kakitangan bawahan seperti Pembantu Am Rendah, Pemandu dan sebagainya akan dilantik didalam komuniti dan semua yang terlibat dalam komuniti ini akan layak diberi elaun oleh pihak agensi kerajaan.?
Selalunya kebanyakan Pegawai Atasan akan memberi jawapan yang paling mudah kepada pihak pihak tertentu atau pun kepada penjawat awam bawahan terlibat  “Agensi Kita tak perlukan semua itu kerana telah dipertanggungjawabkan oleh setiap agensi agensi kerajaan yang ada pasa masa kini” ternyata inilah jawapan standart dari Pegawai Atasan Kerajaan. Jika ini lah jawapan yang diberikan oleh Pegawai Atasan  ini bermakna Jabatan Perkhidmatan Awam tidak mempunyai siasatan hanya sekadar untuk memberhentikan penjawat awam tersebut.



Perjanjian yang akan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mungkin akan berlaku berat sebelah 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...