Rabu, 19 Ogos 2015

Satu Lagi Strategi Kerajaan Memastikan Mutu Perkhidmatan Awam Dapat Dipertingkatkan @Najibrazak @DrAliHamsa @tengkuadananreal

DALAM TEKS UCAPAN YB MENTERI DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN SEMPENA PERASMIAN SEMINAR KOMUNITI STRATA WILAYAH PERSEKUTUAN 2015 “KE ARAH KOMUNITI STRATA YANG MAMPAN” 

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana sudi menjemput YB Menteri untuk merasmikan SEMINAR KOMUNITI STRATA WILAYAH PERSEKUTUAN pada kali ini. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kehadiran serta komitmen
peserta yang hadir dalam seminar kita pada hari ini iaitu daripada wakil-wakil Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body) dan Badan Pengurusan (Management Corporation), para pemaju serta badan-badan profesional serta wakil-wakil penduduk dari seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 


Pihak kementerian dan DBKL juga merancang untuk mengadakan beberapa lagi siri seminar yang sama dalam waktu terdekat dan menyasarkan kehadiran seramai 3000 orang peserta dalam satu seminar yang berteraskan "Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) yang telah diwartakan pada 8 Februari 2013 telah dikuatkuasakan pemakaiannya bagi Wilayah Persekutuan pada 1 Jun 2015 yang lalu bagi menggantikan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663)"


Akta 757 yang berkaitan dengan peruntukan penyelenggaraan, pengurusan bangunan dan harta bersama telah menggantikan Akta 663 yang digubal pada tahun 2007 memandangkan akta tersebut telah menyebabkan banyak kekeliruan dan ketidakseragaman dalam pengurusan bangunan berstrata. Berdasarkan maklum balas dan komen yang diterima oleh Kerajaan, Akta 663 mempunyai banyak kelemahan yang tidak dapat menyelesaikan masalah penduduk rumah bertingkat. Oleh yang demikian Akta 757 ini digubal bagi melicinkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) dalam menyelesaikan masalah komuniti strata yang begitu sinonim dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini. 

Berdasarkan statistik hingga bulan Ogos 2015, seramai 1.2 juta orang atau 66% daripada penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berjumlah 1.8 juta adalah merupakan komuniti strata. Kementerian Wilayah Persekutuan sedar pelaksanaan Akta 757 ini amat memerlukan kerjasama semua JMB dan MC. Kerjasama mereka adalah amat kritikal dalam memastikan pengurusan strata yang cekap dan efisien. Lebih-lebih lagi memandangkan permasalahan dan isu-isu berkaitan pembangunan komuniti strata adalah pelbagai serta amat kompleks dan luas skopnya. Sebagai contoh, dari bulan Januari hingga bulan Ogos tahun tahun 2015 ini sahaja, pihak DBKL telah merekodkan sebanyak hampir 2000 aduan bertulis. Manakala aduan yang diterima melalui panggilan telefon termasuk aduan bersemuka dan walk-in ialah sebanyak 400 sebulan. 

Selaras dengan peningkatan jumlah kawasan pembangunan berstrata, pengoperasian JMB dan MC turut dipertingkatkan di mana sehingga kini sebanyak 759 buah JMB dan 2821 MC telah ditubuhkan dan beroperasi dengan cemerlang dalam menangani permasalahan yang dihadapi berkaitan dengan pengurusan bangunan dan komuniti strata ini. Selain daripada pengurusan aduan yang cekap dan efisien, pihak JMB dan MC perlu lebih proaktif dan komited dalam mewujudkan persekitaran komuniti strata yang ceria dan harmoni memandangkan kehidupan di bangunan berstrata ini melibatkan perkongsian ramai penghuni dalam jumlah yang besar dan profil penghuni yang berbeza contohnya dari segi agama, budaya, jantina, umur, bangsa dan pekerjaan. 

Sebagai perantara antara pihak Kerajaan dengan komuniti strata, maka seharusnya pihak JMB dan MC bersiap siaga pada setiap masa dengan kemahiran dan pengetahuan yang sentiasa dipertingkatkan bagi memastikan kehidupan komuniti berstrata ini mencapai tahap kesejahteraan yang tinggi selaras dengan tema Wilayah Persekutuan Ku Ceria. Oleh yang demikian, seminar yang diadakan pada hari ini harap dapat memberi kefahaman kepada JMB dan MC yang menguruskan bangunan berstrata di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengenai akta 757 yang baru dikuatkuasakan bagi mereka melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan seterusnya menjamin kelestarian kehidupan dan kepentingan JMB, MC dan juga pemilik petak serta unit secara berterusan.


YB Menteri akan membuat satu penambahbaikan yang akan dibuat dan dimasukkan di dalam Akta 757 ini antaranya adalah dalam memperkasakan Pesuruhjaya Bangunan atau Commissioner of Building iaitu COB dalam melaksana, memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan. Akta baru ini juga mengenakan kadar penalti yang lebih sesuai dengan jenis kesalahan serta memperkenalkan mekanisma rayuan yang seragam dan mesra pengguna melalui Tribunal Pengurusan Strata. Ia juga memperincikan agihan tanggungjawab dan tempoh penguatkuasaan peralihan kuasa daripada pemaju, JMB, MC dan jawatankuasa MC, serta tindakan-tindakan yang boleh dikenakan ke atas pemilik petak atau penghuni yang tidak membuat bayaran caj dan tidak menghormati undang-undang. 

Selaku YB Menteri Wilayah Persatuan Tengku Adnan telah menyatakan bahawa YBhg Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah Pesuruhjaya Bangunan bagi Kuala Lumpur. Mengenai fungsi Datuk Bandar Kuala Lumpur selaku COB iaitu dalam satu akta baru ini telah mewujudkan jawatan Timbalan COB untuk memastikan semua pihak mempunyai lebih banyak ruang dan peluang untuk menyuarakan masalah berkaitan komuniti strata. Sehubungan itu YB Menteri sukacita mengumumkan bahawa Timbalan COB bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah YBhg. Datuk Hj. Mohd Najib Bin Mohd yang juga Pengarah Eksekutif (Perancangan) DBKL serta pihak kementerian juga sedang menyemak dan mengkaji untuk memperkukuhkan lagi struktur organisasi dan pengurusan COB KL dalam usaha kita memberikan perkhidmatan yang terbaik rakyat dan seterusnya menyelesaikan masalah serta aduan yang dikemukakan oleh mana-mana pihak. 


Dengan komitmen yang diberikan oleh JMB dan MC, Datuk Bandar Kuala Lumpur selaku Pesuruhjaya Bangunan juga dapat bertindak dalam mengawal selia bangunan berstrata dengan berkesan dan mengatasi masalah sikap dan salah faham sesetengah pihak berkaitan tanggungjawab pengurusan dan penyelenggaraan bangunan berstrata. Pada tahun 2014, Pesuruhjaya Bangunan telah mengawal selia hampir 5,000 kawasan pemajuan yang meliputi 400,000 petak atau unit kediaman dan komersial serta industri. Dimajlis itu juga Tengku Adnan mengumumkan bahawa setiap JMB dan MC yang hadir dalam seminar ini akan diberikan insentif one-off sebanyak RM2,000.00. Penyaluran peruntukan ini akan dilakukan melalui Electronic Fund Transfer (EFT). 

YB Menteri berharap pemberian sumbangan ini akan menjadi pendorong dan pencetus semangat yang lebih kuat lagi di kalangan ahli jawatankuasa JMB dan MC untuk menyusun dan melaksanakan aktiviti pengurusan serta kerja-kerja penyenggaraan bangunan agar segala usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan pada hari ini dapat memberikan impak positif kepada rakyat keseluruhannya terutama kepada penduduk Wilayah Persekutuan yang tinggal di bangunan berstrata. Justeru itu tengku Adnan berharap Kementerian Wilayah Persekutuan secara amnya menyokong penuh segala usaha baik dan inisiatif Kerajaan yang telah memberi kerjasama yang padu ke arah kehidupan di kotaraya ini yang lebih kondusif dan selesa. 

Oleh yang demikian, segala usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan dalam mengawal selia aspek pengurusan dan penyenggaraan bangunan berstrata akan menjadi lebih mudah dan menghasilkan kejayaan sekiranya pemilik petak juga mempunyai sifat tanggungjawab bersama (collective responsibility) dan berusaha memupuk suasana harmoni dalam sesuatu kawasan perumahan yang merupakan tempat tinggal tuan/puan. Pemilik petak perlu mengubah sikap dan menunjukkan nilai-nilai murni supaya pihak pengurusan dapat menjalankan kerja-kerja pengurusan dan penyenggaraan dan seterusnya memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pemilik. 

Harapan yang tinggi saya berikan supaya setiap JMB dan MC di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini sentiasa bersikap proaktif dan perlu mempunyai matlamat yang jelas mengenai peranan masing-masing dalam usaha untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terutama penduduk yang tinggal di bangunan strata ini. Sikap amanah dan bertanggungjawab perlu diterapkan dan menjadi nadi tunjang dalam pengurusan dan pengoperasian JMB dan MC. 

Kerjasama yang terjalin di antara semua agensi dan pihak Kerajaan termasuk JMB dan MC adalah satu strategi kerajaan dapat memastikan mutu perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan. YB Menteri juga berkayakinan dengan komitmen dari pihak-pihak ini dalam memainkan peranan dapat mewujudkan komuniti strata yang mampan dapat dicapai. Tengku Adnan selaku Menteri Wilayah Persekutuan menyucapakan ribuan terima kasih kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Malaysian Institute of Professional Property Managers (MIPPM) dalam menjayakan seminar ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...