Ada antara ‘tahi judi’ yang ditemui masih memakai jaket atau vest tertera logo agensi dan kementerian, malah tidak kurang yang melayan judi ‘online’ di depan komputer dengan masih berbaju batik serta uniform dan kemeja tertera tanda nama. Itu pemandangan biasa yang dilihat sebaik menjejakkan kaki ke sebuah pusat judi Internet di Cyber Valley yang kini menjadi ‘syurga judi’ terutama penjawat awam yang bertugas di Putrajaya.
Terletak kurang 200 meter dari pintu masuk Putrajaya dari arah Dengkil, pusat judi yang dipercayai baru beroperasi sejak awal Ramadan lalu itu menyasarkan penjawat awam. Bagi mendapatkan kepastian, kejadian berikut beberapa wartawan berjaya menyusup masuk ke pusat judi berkenaan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai pusat berkenaan.
Memandangkan pusat judi berkenaan terletak di aras satu, wartawan dikehendaki menaiki tangga bersebelahan sebuah restoran sebelum melalui koridor sepanjang 10 meter menuju ke pintu masuk utama pusat judi berkenaan. Sebaik melangkah masuk, wartawan terkejut apabila premis tanpa papan tanda syarikat itu dipenuhi kira-kira 50 tahi judi yang sedang melayan judi online di depan skrin komputer, malah lebih mengejutkan, kira-kira 90 peratus daripada pengunjung adalah golongan Melayu dipercayai penjawat awam. Sumber berkata, premis judi berkenaan menawarkan perkhidmatan selesa kerana beroperasi dalam bilik berhawa dingin, namun agak padat kerana ruang bilik itu memuatkan 50 komputer. “Seramai lima pekerja termasuk seorang penjaga kaunter bagi mengendalikan urusan transaksi pertaruhan.
Setiap pekerja ditugaskan menjaga satu barisan komputer dan mereka juga mengambil wang pertaruhan daripada pelanggan. “Pusat judi itu beroperasi 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu malah, ia turut dilengkapi sistem rakaman litar tertutup (CCTV) bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa termasuk polis,” katanya. Katanya, premis yang dijadikan pusat judi berkenaan adalah daripada unit rumah kedai, malah pintu premis kebiasaannya ditutup seolah-olah tiada operasi perniagaan.
Menurutnya, sebelum ini, seorang penjaga akan mengawal pintu masuk premis bagi memantau kehadiran pelanggan, malah hanya pelanggan tetap dibenarkan memasuki premis. “Majoriti pelanggan di pusat judi berkenaan penjawat awam dan pekerja asing. Pusat judi berkenaan dibuka jam 5 petang dan ditutup jam 10 pagi setiap hari,” katanya. Difahamkan, ada tiga lagi pusat judi yang beroperasi menggunakan modus operandi sama di sekitar Dengkil.
Kerajaan tidak akan berkompromi lagi dalam usaha membenteras pusat-pusat perjudian di seluruh negara yang tumbuh kembali selepas operasi yang dijalankan oleh pihak polis.
Jadi awas...Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi memberitahu semalam,Selasa beliau telah mengarahkan polis melancarkan perang 100 peratus menghapuskannya.
“Saya harap kepada ketua polis negeri seluruh negara. Ini arahan menteri dalam negeri. Hapuskan.
Mulai semalam saya minta hapuskan 100%,” katanya. Berkata kegiatan itu perlu diperangi 100 peratus dan beliau tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba melindungi kegiatan judi termasuk anggota dan pegawai polis. "Empat bulan sudah langkah-langkah kita lakukan dengan hebat melalui Ops Cantas Khas, kita lakukan pembersihan (pusat perjudian) tapi saya dapat laporan tumbuh kembali,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Jamuan Aidilfitri Warga Perumahan Polis Desa Tasik, di Kuala Lumpur,Rabu malam.
Serentak dengan itu beliau yang juga Menteri Dalam Negeri memberi amaran tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba melindungi kegiatan judi termasuk anggota dan pegawai polis. "Bukan sekadar amaran, mana-mana pegawai dan anggota polis, individu, NGO atau kumpulan tertentu yang memberikan perlindungan kepada rumah-rumah judi tidak akan pernah terlepas daripada tindakan," tegasnya. Zahid berkata tidak ada satu bangsa atau agama atau individu yang rasional yang bersetuju jika aktiviti perjudian dibiarkan berleluasa. “Keluarga menjadi retak porak-peranda dengan wang yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan isi rumah tetapi digunakan kepada aktiviti perjudian. Yang untung tauke judi,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan