Jumaat, 31 Julai 2015

Kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Ekoran Hospital Swasta Mengenakan Caj Rawatan Yang Tidak Munasabah

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan bahawa beberapa buah hospital swasta didapati mengenakan caj rawatan tersembunyi yang melampau dan tidak munasabah

Dalam satu kenyetaan yang di buat oleh Timbalan Kementrian Kesihatan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, buat masa ini, Kementerian Kesihatan tidak mengawal kos bagi penginapan, fi tatacara kejururawatan, caj peralatan seperti caj alat pakai buang, caj ujian makmal dan kos ubat-ubatan. “Ini berlaku kerana keadaan yang berbeza antara hospital swasta contohnya kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan, lokasi hospital, kos pemasaran, pengendalian dan penyelenggaraan hospital serta ubat-ubatan yang ditentukan oleh harga pasaran. “Walau bagaimanapun, kementerian meletakkan had maksimum kos rawatan kepada fi profesional iaitu fi perundingan dan fi profesional untuk prosedur perubatan atau pergigian swasta supaya rakyat diberi perlindungan daripada dikenakan caj yang terlampau tinggi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau mengulas dakwaan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan bahawa beberapa buah hospital swasta didapati mengenakan caj rawatan tersembunyi yang melampau dan tidak munasabah. Tambah beliau, meskipun tidak meletakkan harga siling, kementerian mempunyai mekanisme tersendiri untuk tujuan pemantauan dan pengawalan terhadap caj-caj rawatan yang mahal. “Kementerian akan sentiasa memantau dan membuat siasatan ke atas pertanyaan atau aduan yang dibuat oleh orang ramai. “Walaupun harga tidak dikawal, kita akan bertindak mengikut aduan di mana amaran dan peringatan akan diberikan kepada pihak hospital yang mengenakan caj tidak masuk akal,” katanya.  Caj Bayaran Boleh Rujuk Disini



KUALA LUMPUR – Hospital swasta di negara ini disaran supaya memberi perkhidmatan yang bermutu tanpa mengira kerakyatan bagi menjaga imej dan nama baik negara. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya menerima banyak aduan terutama daripada pelancong Indonesia, Timur Tengah dan Bangladesh yang datang ke sini untuk pelancongan perubatan. “Setakat ini kami menerima lebih 50 aduan dari seluruh negara termasuk yang datang untuk pelancongan perubatan mengenai perkhidmatan hospital swasta di negara ini. “Rata-rata mereka mengadu mengenai ketidakpuasan hati dengan perkhidmatan disediakan seperti kecuaian pihak hospital, caj mahal, rawatan yang tidak betul serta tersalah pembedahan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Nadzim berkata entiti hospital seumpama itu yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata, harus dikaji semula kerana tindakan mereka boleh menjejaskan nama negara. 
Sementara itu, ahli perniagaan Siti Marzairinah Osman, 51, pada sidang media yang sama, menceritakan pengalamannya dan mendakwa dikenakan caj yang mahal semasa mendapatkan rawatan membuang ketumbuhan di hospital swasta di sini. “Tiga setengah tahun lepas, saya dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk membuang ketumbuhan dan saya terkejut kerana dikenakan caj RM300,000 untuk pembedahan yang kecil. “Saya juga dinafikan hak untuk mendapatkan laporan perubatan saya. Saya meneliti bil, dan mendapati banyak yang tidak kena,” katanya.  
Berikutan itu, Siti Marzairinah berkata beliau terpaksa menjual hartanahnya bagi menjelaskan bil rawatannya itu. “Saya kehilangan pekerjaan dan saya kini dalam proses menyaman hospital terbabit. “Berdasarkan pengalaman, orang ramai perlu terlebih dahulu bertanya sebelum mendapatkan rawatan. Saya berharap orang ramai tidak akan menjadi mangsa seperti saya,” katanya. Dalam pada itu, bagi mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan hospital swasta, Nadzim menggesa kerajaan mencari kaedah yang sesuai untuk memulihkan persepsi dan mutu perkhidmatan hospital berkenaan. 
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/hospital-swasta-disaran-beri-perkhidmatan-bermutu-1.413838


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...