Isnin, 27 Julai 2015

Beberapa NGO NGO Dan Pihak Kerajaan Mengesa Pihak Penguatkuasa Membenteras Kegiatan Perjudian Haram Dengan Kadar Segera

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Paduka Nadzim Johan Mengesa Pihak PBT Lebih Serius Menangani Kegiatan Perjudian Haram

Pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa lebih serius dalam menjalankan tanggungjawab diamanahkan bagi menangani kegiatan perjudian haram yang dikatakan sudah beroperasi semula. NADZIM JOHAN Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), 

Datuk Nadzim Johan berkata, langkah membanteras aktiviti tersebut akan lebih berkesan jika semua pihak turun padang dan bekerjasama secara bersepadu untuk menghapuskan kegiatan terbabit sehingga ke akar umbi. “PBT sepatutnya dapat menghidu gerak-geri mencurigakan yang berlaku di tempat mereka sekiranya pemantauan dilakukan dengan lebih serius kerana dalam isu judi ini kita tidak boleh harapkan pihak polis semata-mata. “Mereka perlu lebih kerap membuat tinjauan, penguatkuasaan di premis-premis yang pernah terlibat dan juga yang berpotensi dijadikan rumah judi. 

Bukannya secara ala kadar atau ‘tutup sebelah mata’,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia. Sementara itu katanya, untuk menyelesaikan masalah ini secara holistik, PBT perlu tahu keutamaan yang harus diberikan perhatian dengan mengenalpasti dan memantau penggunaan premis-premis yang didaftarkan sebagai pusat hiburan keluarga di kawasan masing-masing. “Kadang kalau ada orang nak ubahsuai rumah, baru saja tuang pasir pegawai mereka sudah datang dan tegur. 

Dalam hal ini jika bertindak sama cepat seperti itu dengan memperbanyakkan pemeriksaan di premis-premis judi, tentu kegiatan tersebut tidak kembali. “Hendak hapuskan bukan senang, maknanya jika mereka tidak bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab mereka susahlah. Mereka kena tahu bidang kuasa dengan jelas,” tegasnya. 

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan wujudnya unsur rasuah antara kakitangan penguatkuasa PBT dengan pemilik pusat judi sehingga menyebabkan gejala berkenaan sukar dibendung. “Di sesetengah tempat sudah terang-terangan ada kegiatan judi berlaku di situ malah terletak di kawasan yang mudah dilihat, tak mungkin PBT tidak mengesyakinya. Tetapi sehingga sekarang premis terbabit masih wujud dan beroperasi,” katanya.



Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan Menteri berkata pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menangani kegiatan judi haram

Datuk Johari

Menurut Dato Johari beliau menegaskan, judi haram tidak boleh dibiarkan dan harus dihapuskan habis-habisan oleh pihak berwajib kerana ia merosakkan kehidupan rakyat, terutamanya orang Melayu. Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, beliau mendedahkan bahaya kegiatan haram itu dan bagaimana untuk membanterasnya: 

PUNCA: 
Kegiatan ini adalah ‘salinan’ daripada semua aktiviti perjudian yang ditawarkan di kasino seperti Genting Highlands, Pahang. Jenis- jenis judi ini kemudian ‘diciplak’ oleh sindiket dalam bentuk judi melalui komputer dan dibawa masuk ke kawasan penempatan masyarakat khususnya orang Melayu. 

SASARAN: 
‘Internet kasino’ ini bertujuan mengaut keuntungan daripada penjudi golongan bawahan dan berpendapatan rendah terutamanya orang Melayu yang dilarang memasuki kasino sebenar. 

ANCAMAN:
Memecahkan institusi keluarga. - Menyumbang jenayah kecil seperti mencuri dan pecah rumah. - Terperangkap hutang dengan 

Ah Long. 
Penggunaan khidmat kongsi gelap untuk jaga premis perjudian. 

PIHAK BERTANGGUNGJAWAB: 
Polis - Pihak berkuasa tempatan. - Pihak berkuasa utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad dan syarikat air. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM). 

PENGUATKUASAAN: 
SKMM pantau, mengawal dan sekat perisian perjudian


HUKUMAN: 
Penjara dan denda kepada pemilik premis yang menyewa kepada operator judi. - Rampas bangunan yang dijadikan premis perjudian jika masih berdegil. - Syarikat utiliti perlu sekat semua kemudahan asas seperti air dan elektrik kedalam premis. - Penjudi yang ditangkap dikenakan hukuman penjara minimum 3 bulan.

Persoalannya, kenapakah ketegasan pihak polis membanteras kegiatan itu seolah-olah tidak menggentarkan sindiket yang mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit dalam sehari itu?

Di manakah silapnya?  

Apakah ia harus dipertanggungjawabkan kepada pihak polis sahaja? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...